Jessica Jung membuktikan dia lebih berjaya selepas bergerak secara solo. Apa tidaknya, dia baharu sahaja melahirkan album solo pertama, mempunyai jenama fesyen miliknya sendiri iaitu Blanc & Eclare, melibatkan diri dalam bidang pengacaraan untuk program kecantikan dan baru-baru ini telah muncul di Vogue.com. Wow, hebat bukan?
Baiklah, Jessica dan kecantikan memang tidak boleh dipisahkan, pernah tersenarai antara wanita tercantik di dunia membuatkan kita ingin tahu apa rahsia beauty queen ini. Dan disebabkan itu, Jessica sudi berkongsi kepada anda semua.
Nak tahu apa dia? Jom ikut kami!
#1 Toner
Biasanya bila menggunakan toner, kita hanya akan letak beberapa titisan di tangan dan aplikasi di wajah ataupun di pad kapas dan sapu serata. Tetapi tidak bagi penyanyi kecil molek ini, Jessica mengesyorkan untuk letakkan tiga pad kapas yang sudah diletak toner ke tiga bahagian wajah – pipi dan dahi. (Boleh lihat cara Jessica) Selepas kulit menyerap toner, perlahan-lahan aplikasikan di seluruh wajah, bahkan sapu di telinga agar kekal lembap.
#2 Tangan Bersih
Apabila Jessica menggunakan produk kecantikan seperti essence, dia menggunakan haba tangannya untuk membantu kulit secara semulajadi menyerap produk dengan lebih baik. Jika anda mempunyai tangan yang sejuk, cuba gosok untuk memastikan tangan panas. Lagi satu, bila anda memberi tumpuan pada mata, Jessica mengesyorkan ‘bermain piano’ di sekeliling pangkal mata.
#3 Hidrasi
Ini satu lagi tips penting. Untuk mendapatkan wajah yang lembab, Jessica bergantung sepenuhnya pada hydrating mist. Dia akan menyembur di seluruh wajah, tetapi apabila di berada di tempat kering, dia akan semburkan di seluruh tempat. Cara ini bagi memastikan kulitnya sentiasa cerah dan sihat.
#4 Lash Curler
Untuk memastikan solekan bulu matanya tahan lama dan lentik seharian, Jessica menggunakan pengering rambut untuk memanaskan curler, sebelum di aplikasikan, pastikan untuk memeriksa suhu di tapak tangan supaya tidak terlalu panas.
Untuk lebih detail, kami sertakan sekali video Jessica Jung ini.
Jom cantik seperti Jessica!