Makanan sihat seperti bijirin dan gandum sedikit sebanyak dapat meningkatkan kecergasan tenaga manusia. Khasiat bijiran yang mengandungi pelbagai vitamin yang kaya dengan khasiatnya tersendiri dan keran itu jugalah, makanan atau snek yang dibekalkan dengan khasiat penuh sering diambil untuk sarapan pagi.
Rumah bagi jenama-jenama snek serta makanan kegemaran ramai, Mondelēz International mengumumkan pelancaran bagi biskut sarapan belVita di Malaysia setelah berjaya mencuri hati peminat makanan sihat dan ringkas di hampir 50 buah pasaran seluruh dunia.
Seperti yang kita tahu, Mondelez International adalah tulang belakang kepada penghasilan jenama biskut kegemaran ramai seperti Oreo, Jacobs, Chipsmore dan biskut Tiger.
Kaya dengan segala vitamin yang dibutuhkan oleh badan manusia, belVita diyakini dapat memenuhi keperluan anda dan keluarga setiap pagi.
Sama ada dinikmati begitu sahaja, mahupun disapu dengan krim sapuan mentega kacang atau dicicah di dalam kopi kegemaran anda, belVita juga sesuai untuk diambil ketika anda sedang bergeges kerana ia dipek dalam peket kecil secara berasingan, memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja sekaligus masih memberi kecergasan yang diperlukan untuk menjalani aktiviti pagi. Justeru, pengambilan sarapan akan menjadi lebih mudah bagi anda bukan? Tiada lagi alasan untuk tidak mengisi perut di pagi hari!
Selari dengan matlamat untuk memperkasakan sikap pengambilan sarapan dalam kalangan masyarakat Malaysia, Mondelēz International mengambil langkah memperkenalkan biskut sarapan belVita kepada rakyat tanah air yang dikasihi.
Untuk keterangan lanjut, sila lawat laman Facebook belVita Malaysia di www.facebook.com/belVitaMalaysia