Di dalam dunia fesyen, biasanya badan model adalah tinggi, kurus, langsing dan ada juga yang terlalu kurus seperti pembaris. Akan tetapi pada masa kini, pereka fesyen telah menggunakan model yang bersaiz normal dan juga berbadan besar berikutan terdapat banyak isu mengenai model yang menghidap anoreksia dan bulimia semata-mata ingin tampil kurus dan menjadi model catwalk.
Contoh terbaik ialah Tess Holiday yang merupakan model berbadan paling besar di dunia berjaya menandatangani kontrak bersama agensi permodelan utama, MiLk Model Management.
Menariknya Tess, 29, yang berasal dari Missisippi, Amerika Syarikat ini hanya memiliki 5 kaki 5 inci, memakai pakaian bersaiz 24. Disebabkan fizikal dirinya, Tess telah membina pengikut yang ramai di media sosial selepas memulakan kempen #EffYourBeautyStandards. Kempen tersebut bertujuan untuk membantu wanita merasa positif akan tubuh mereka walau apa saiz sekalipun.
Tess yang ditemubual oleh Huffington Post memberitahu :
“I understand not everyone understands what I’m about. But to me it’s such a simple concept. It’s all about loving your body regardless of your size and chasing your dreams.”
Sumber : Mirror.co.uk