Kurang 24 jam sebuah lagi insiden melibatkan syarikat penerbangan dimana pesawat dilaporkan hilang dari radar. Penerbangan Air Algerie dalam perjalanan ke Algiers ibu negara Algeria dari Burkina Faso dengan 116 orang di atas kapal – termasuk 50 warga Perancis – hilang dari radar sebentar tadi di Mali kerana cuaca buruk.
Perkhidmatan navigasi udara gagal menjejaki pesawat AH0517 kira-kira 50 minit selepas berlepas pada 0155 GMT, agensi berita APS Algeria melaporkan.
BBC melaporkan, juruterbang telah dihubungi oleh pegawai kawalan trafik udara di Niamey, Niger, untuk menukar laluan kerana ribut. Agensi berita Perancis AFP memetik sumber yang memberitahu syarikat penerbangan itu meminta kapal terbang menukar laluan kerana penglihatan yang lemah dan mencegah risiko perlanggaran dengan pesawat lain dari laluan Algiers – Bamako.
Swiftair, pemilik kapal terbang Air Algerie, yang juga merupakan syarikat penerbangan kebangsaan Algeria berkata seramai 110 penumpang dan 6 orang krew berada di atas kapal. Pesawat itu adalah pesawat jenis MD-83, menurut Reuters.
Syarikat penerbangan itu mengesahkan di laman Twitter milik mereka bahawa 50 penumpang adalah warganegara Perancis.
Menurut tweet FlightRadar24 dan juga laporan portal Daily Sabah , pesawat dilaporkan mungkin terhempas di kawasan sungai di Nigeria kerana cuaca buruk. Walau bagaimanapun, keadaan penumpang dan anak kapal masih belum diketahui.
Kami akan update lagi jika ada berita terkini