Bank antarabangsa HSBC telah bertindak menutup akaun badan-badan amal Islam di United Kingdom yang juga merupakan antara pertubuhan telah menjalankan kerja-kerja membantu mangsa krisis yang melanda Gaza selama lebih 10 tahun.
1. Masjid Finbury Park
Dalam surat rasmi yang dikeluarkan kepada pihak Masjid Finsbury Park di Utara London, HSBC bertindak menutup akaun tersebut untuk mengatasi masalah ( risiko ) “risk appetite”. Akan tetapi bank multinasional itu dilaporkan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam keputusan menarik balik perkhidmatan perbankannya dalam isu tersebut dan menguatkan lagi masalah islamofobia yang mensasarkan badan amal Islam di negara itu. Dalam surat yang telah diberikan kepada pihak masjid, pihak bank memberitahu bendahari masjid bahawa mereka akan menutup akaun masjid pada 22 September depan.
Pengerusi masjid Mohammed Kozbar memberitahu pihak BBC : “Bank itu tidak pun menghibungi pihak masjid terlebih dahulu dan tidak memberi kami peluang untuk menangani kebimbangan mereka. Kami sebuah badan amal yang beroperasi di UK, semua operasi kami di sini dan kami tidak memindahkan apa-apa wang keluar dari UK. Semua operasi dibiayai daripada dana di dalam UK .” .Sehingga tahun 2005, masjid ini dikendalikan oleh Abu Hamza, yang pada Mei lalu telah disabitkan atas kesalahan keganasan di Amerika Syarikat.
2. Ummah Welfare Trust
Satu lagi organisasi yang disasarkan oleh HSBC dengan cara yang sama adalah Ummah Welfare Trust, badan pembangunan amal antarabangsa yang bekerja untuk meringankan penderitaan dan kemiskinan di seluruh dunia. Badan amal yang berpusat di Bolton itu telah menyalurkan £ 70m ( RM420 juta ) untuk pelbagai projek 20 buah negara di seluruh dunia dan juga telah membantu Gaza selama satu dekad.
Dalam surat yang juga bertarikh 22 Julai, HSBC memaklumkan yang akaun mereka akan ditamatkan dan memberikan penjelasan yang sama seperti Masjid Finsbury Park.
3. Cordoba Foundation ( Yayasan Cordoba )
Organisasi ketiga yang dihentikan perkhidmatan perbankan oleh HSBC adalah Yayasan Cordoba yang berpangkalan di UK. Dikendalikan oleh Anas Al Tikriti, Yayasan Cordoba memberi tumpuan kepada menangani hubungan antara Eropah dan Timur Tengah. Ia telah ditubuhkan pada tahun 2005 dan surat HSBC yang hampir sama telah dihantar untuk memberitahu penamatan perkhidmatan bank tersebut.
Selain itu juga, keluarga Al Tikriti juga turut menjadi sasaran apabila dia, isterinya dan anak-anak mereka menerima surat peribadi dari HSBC memberitahu akaun mereka juga akan ditutup pihak bank.
Ustaz Zaharudin Abd Rahman di dalam post Facebook terbaru beliau mengajak umat Islam untuk bertukar perkhidmatan ke bank-bank yang lain dan ini juga adalah salah satu langkah pemboikotan mereka yang melakukan diskriminasi agama.