Sebagai pembuat peralatan memasak dan kelengkapan rumah dari Perancis, Tefal melancarkan rangkaian peralatan memasak Titanium terbarunya yang berupaya menghasilkan mutu masakan terbaik tidak kira dari segi perisa, tekstur mahupun rasanya.
Rangkaian peralatan memasak yang unggul ini adalah direka dengan gabungan teknologi Thermo-Spot® eksklusif yang diimprovasi dan salutan titanium tak melekat baharu iaitu Titanium Excellence dan Titanium Force, yang sekaligus menjamin ketahanan produk tersebut.
Dijulang selaku Pembuat Peralatan Memasak No.1 Dunia, rangkaian peralatan memasak Tefal Titanium adalah barisan produk terbaik yang menjanjikan kecemerlangan dalam aspek keenakan rasa dan ketahanannya. Disebabkan kualiti peralatan memasak tersebut yang bertahan lama serta keupayaannya untuk mengoptimum perisa, tekstur dan rasa hidangan yang disediakan, maka ia mampu menjadikan penggunannya memasak ibarat seorang cef yang mahir.
Untuk memberi prestasi maksimum, Tefal telah mengubahsuai pad Thermo-Spot® dengan penambahbaikan dilakukan terhadap reka bentuknya di mana ia dapat menentukan suhu yang tepat bagi memperoleh hasil dan rasa masakan terbaik. Selaku pakar kepada salutan tak melekat, teknologi Thermo-Spot® Tefal dapat menjamin perisa makanan yang berkekalan, sempurna teksturnya dan tidak akan hangus.
Peralatan Memasak Tefal Titanium Expertise
Rangkaian peralatan memasak Tefal Titanium Expertise menggabungkan prestasi tak melekat terbaik dengan kekuatan salutan fusi dasar keras tebal berganda titanium eksklusifnya iaitu Titanium Excellence baharu. Diperkuatkan dengan tujuh lapisan Titanium untuk menghasilkan daya ketahanan ultratinggi, salutan baharu itu menjamin prestasi tak melekat yang cemerlang dan tahan leding. Dengan ‘inserts’ keluli tahan karat yang lasak, rangkaian Tefal Titanium Expertise adalah sesuai digunakan di kesemua hob dan dapur aruhan, sekaligus memudahkan penggemar memasak. Antara peralatan yang ditawarkan dalam rangkaian Tefal Titanium Expertise termasuk kuali leper, kuali, periuk, kuali sauté dan periuk stu dengan tudung kacau.
Peralatan Memasak Tefal Titanium Pleasure
Disalut dengan Titanium Force, rangkaian Tefal Titanium Pleasure menampilkan keistimewaan salutan dalaman tak melekat yang diperkukuhkan dengan enam lapisan dasar keras Titanium. Titanium Force memiliki lapisan holografik 3D yang dalam bersama pengisi metalik yang bertujuan untuk meningkatkan daya ketahanannya. Ketebalan berganda lapisannya adalah bagus untuk prestasi tak melekat. Tampil dengan reka bentuknya yang elegan dan bergaya, salutan luaran enamel bukan sekadar memberi kesan lasak dan tahan lama, malahan selamat digunakan dan senang dicuci. Rangkaian Tefal Titanium Pleasure terdiri daripada kuali leper dan kuali, yang sesuai digunakan pada dapur gas, elektrik dan seramik kecuali aruhan.
Peralatan Memasak Tefal Titanium So Intensive
Sama seperti siri Tefal Titanium Pleasure, rangkaian peralatan memasak Tefal Titanium So Intensive adalah disalut dengan Titanium Force dan memiliki salutan luaran enamel yang selamat digunakan dan mudah dibasuh. Dengan pemegangnya yang selesa dipegang, siri Tefal Titanium So Intensive merangkumi peralatan seperti kuali, kuali leper, kuali menggoreng telur, kuali membuat penkek, kuali pemanggang, periuk stu dan kuali cetek dengan tudung kaca. Kesemuanya adalah sesuai digunakan di atas dapur gas, elektrik dan seramik kecuali aruhan.
Duta Chef Nathalie Arbefeuille
Sewaktu pelancaran, Tefal Malaysia turut memperkenalkan tukang masak terkemuka dari Perancis, Chef Nathalie Arbefeuille selaku Duta Jenamanya. Cef Nathalie, yang pernah memenangi pelbagai anugerah, tidak asing lagi dalam pentas kulinari negara kerana beliau kini sedang memimpin dua restoran yang terkenal di Kuala Lumpur.
“Kami amat berbangga untuk dapat bekerjasama dengan Cef Nathalie. Beliau ialah tukang masak yang sentiasa mengutamakan kesempurnaan dalam masakannya dan ini bertepatan dengan fungsi produk-produk Tefal kami,” kata Suwasit.
Jom Menang
Bukan itu sahaja, Wanista bersama Tefal Malaysia dengan ini berbesar hati untuk memberikan beberapa koleksi peralatan memasak eksklusif bernilai sehingga RM1000 kepada semua pembaca.
- Tefal Cookware Expertise Fry pan 28cm @ RM269.00
- Tefal Tefal Cookware Expertise Sauté pan 24cm with Glass Lid @ RM369.00
- Tefal Tefal Cookware Pleasure Fry pan 24cm @ RM149.00
- Tefal Cookware So Intensive Wok pan 28cm (BLK) @ RM209.00
Apa yang perlu anda lakukan adalah menjawab beberapa soalan seperti berikut:
- Tefal berasal dari negara mana?
- Siapakah duta jenama Tefal?
- Nyatakan tiga jenis siri seleksi yang ditawarkan dalam rangkaian Tefal Titanium Cookware?
Syarat Penyertaan:-
- Like Facebook Wanista MY dan follow Instagram @wanistadotcom *klik pada pautan merah.
- Screenshot sekali Instagram yang anda follow.
- Jawapan boleh dihantar ke alamat e-mel submit@wanista.com dengan tajuk ‘Saya Nak Menang Barangan Tefal’.
- Sertakan sekali maklumat peribadi seperti nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC, Alamat Rumah, E-mail dan Nombor Telefon Bimbit.
- Peraduan ini hanya sah dari 1 – 13 MEI 2016.
- Seorang hanya boleh menghantar SATU penyertaan. Kami akan memilih pemenang yang memberi jawapan paling tepat berdasarkan artikel.
- Keputusan hakim adalah muktamad.