Semua orang sukakan jualan murah, lebih-lebih lagi dengan tawaran diskaun sehingga 90%. Kempen #MyCyberSALE, jualan atas talian di bawah teraju Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia (MDeC) menerusi inisiatif Digital Malaysia itu melibatkan 4,500 usahawan atas talian dan 225,000 tawaran atas talian.
Kempen #MyCyberSALE yang berlangsung selama 3 hari bermula 29 September sehingga 1 Oktober itu menjangkakan 100,000 pembeli mengunjungi platform ini dengan perbelanjaan purata RM500 seorang.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Yasmin Mahmood, kempen ini salah satu inisiatif bagi meningkatkan jumlah pengguna sedia ada daripada 19.8 juta yang mewakili 66 peratus populasi, sekali gus mengembangkan pengguna telefon pintar di kalangan pengguna tempatan.
Katanya, pihaknya juga ingin menjadikan #MyCyberSALE sebagai platform untuk memasarkannya ke peringkat Asia Tenggara menerusi Komuniti Ekonomi Asean (AEC) yang akan diterajui Malaysia tahun depan.
Jangan lepaskan peluang shopping sakan di #MyCyberSALE yang berlangsung pada 29 September sehingga 1 Oktober itu dengan tawaran diskaun sehingga 90 peratus. Antara e-runcit yang terlibat adalah Lazada, Zalora, lelong.com, Poplook dan Karangkraf Mall dan banyak lagi. Anda boleh lihat setiap tawaran istimewa di www.mycybersale.my.