Tas tangan berjenama Hermes mencatat rekod sebagai tas tangan dengan harga paling mahal dalam sejarah apabila berjaya dilelong dengan harga AS$300,168 atau RM1.23 juta.
Difahamkan, tas tangan itu dijual kepada seorang pembida yang tidak didedahkan identitinya dalam satu acara lelongan di Hong Kong, pada Isnin.
Ianya juga merupakan koleksi ‘Himalayan Nilo Crocodile Birkin’, yang disalut 245 berlian dan dihasilkan daripada kulit buaya albino asli.Bukan itu sahaja, tali pemegang pula disaluti emas 18 karat.
Hermes dikenali ramai sebagai sebuah syarikat pembuat tas tangan yang membiakkan buaya sendiri dan buaya albino dianggap sesuatu yang luar biasa. Tas tangan dari jenama Hermes adalah antara salah satu jenama paling mewah di dunia dan menjadi pilihan banyak selebriti ternama, antaranya Victoria Beckham dan Kim Kardashian.
Ini antara barisan tas tangan termahal di dunia : INFO MENARIK! BARISAN BEG TANGAN TERMAHAL DI DUNIA
https://twitter.com/HandbagGirl3/status/737529995807973376?ref_src=twsrc%5Etfw
Would u buy a bag for $300,000? A matte Diamond Himalaya Niloticus croco diamond #Hermes #Birkin sold 2day $300,168 pic.twitter.com/LN9ps9kVoj
— Cameron Silver (@CameronDecades) May 30, 2016