Ya, kedua-dua syarikat telekomunikasi gergasi ini tampil dengan tema iklan merdeka yang sama tahun ini, iaitu kekeluargaan rakyat Malaysia. Walaupun sudah lama sedar akan perkara menarik ini, kami sebenarnya menunggu iklan merdeka dari Celcom atau U-Mobile sebelum membuat ulasan dengan harapan , manalah tahu keempat-empat mereka mengangkat tema serupa . Namun , memandangkan tiada sebarang iklan merdeka yang ditayangkan baik dari Celcom dan U-Mobile, setakat ini, nampaknya baik kami teruskan sahaja ulasan kami (Kecewa …).
Menonton kedua-dua iklan ini, mengingatkan penulis akan satu iklan 1 Malaysia yang ditayangkan di RTM ( kami cuba mencari iklan ini di laman Youtube untuk dikongsikan, malangnya tak berhasil). Jika anda perasan dan ingat, ada satu iklan di RTM yang menampilkan seorang kanak-kanak tempatan membawa rakan mat sallehnya ke pasar dan perbuatan kanak-kanak tersebut memanggil semua orang yang ditemuinya dengan panggilan seperti “pak cik” , “abang” dan “kakak” telah menimbulkan tanda tanya kepada kanak-kanak Inggeris tersebut kerana individu yang disapa bukanlah keluarga. Temanya kalau tidak silap adalah “ We are one big family“
Seolah-olah direka dan digarap semula, Maxis membawa konsep yang hampir sama cuma bagi penulis iklan bertajuk “It’s OK. We ‘re family” jauh lebih segar, lucu , cool dan punya lebih ” kick” .
Walaupun membawa tema yang sama, iklan Malaysia . “We Are Family” ini dicorakkan dalam gaya penceritaan yang berbeza dimana ia lebih berbentuk realiti.
Menyampaikan sesuatu mesej yang berkesan memerlukan kreativiti dan kebijaksanaan. Anda lihat sendiri dua iklan yang menampilkan tema serupa ini tetapi boleh menjadi dua persembahan yang berbeza. Siapa kata kita perlukan drama atau penyampaian yang berat dalam menyampaikan sesuatu mesej secara efektif. Secara santai begini juga boleh memberi impak yang besar.