Pakaian yang direka dan dihias paling cantik sekali pun mungkin kelihatan kurang sempurna jika ia tidak dipadankan dengan aksesori yang betul seperti beg tangan, kasut, dompet atau barang kemas.
Reebonz (disebut sebagai ‘ribbons’), merupakan destinasi membeli-belah online untuk membeli dan menjual rangkaian terluas jenama mewah yang dipercayai di Asia. Ia menawarkan pilihan beg tangan, kasut barangan kulit dan barang kemas yang menarik untuk menyempurnakan lagi penampilan anda. Semua barangan yang dijual menerusi platform Reebonz sama ada baharu atau terpakai adalah dijamin keasliannya. Ia juga ditawarkan dengan penjimatan yang signifikan menerusi banyak jualan khas dilaman web ini.
Para pakar di Reebonz telah memilih beberapa aksesori, warna, bentuk dan saiz yang penting untuk musim sebelum dan selepas perayaan buat semua stylista.
Trend Beg Tangan
Beg-beg Tote memang sangat praktikal dan ideal untuk ke tempat kerja atau bersantai pada hujung minggu. Memilih sebuah beg tote kulit yang berstruktur bersama perkakasan yang jelas boleh menambah kontras atau melengkapkan pakaian anda. Untuk Hari Raya ini, mungkin anda boleh mempertimbangkan beg Michael Kors Jet Set Medium Travel Multifunction Tote berwarna kuning terang (Sun),Sophie Hulme Mini Tote Saddle Bagyang nampak bergaya dan koleksi terkini kulit saffiano Miuccia – Prada Saffiano Cuir Double Bag.
Clutch pula menyerlahkan elegan dan sofistifikasi pemakai menerusi gayaannya yang kemas dan kompak, sama ada dipegang atau disangkutkan ke bahu. Imbas kembali glamor bintang Saloma pada tahun 60-an dan kebanyakan clutch yang beliau gunakan untuk dipadankan dengan baju kebaya sebagai inspirasi. Antara pilihan utama Reebonz ialah Christian Dior Medium Evening Clutch, Michael Kors Elsie Dome Clutch yang comel dan sesuai untuk semua majlis Hari Raya serta Saint Laurent Monogramme Clutch yang tampil klasik.
Keanggunan yang tidak dimakan masa juga boleh hadir dalam bentuk aksesori klasik yang membuatkan tetamu lain kagum dengan citarasa dan penampilan anda. Anda mungkin boleh mempertimbangkanChristian Dior Lady Dior Medium Bag, Fendi Shopping 2Jours Petite Tote berwarna kuning cair atau beg terpakai Chanel Classic Double Flap vintaj berwarna hitam.
“Reebonz dimodelkan dengan konsep ‘kemewahan yang mudah diakses’, menawarkan ahli-ahlinya dengan pilihan koleksi barangan mewah baharu dan terpakai daripada jenama terbaik di dunia. Keasliannya dijamin, selain proses pengesanan dan penghantaran tepat pada masanya yang memberikan dimensi baharu terhadap pengalaman membeli-belah barangan mewah secara online. Terutama ketika musim perayaan di mana anda ingin tampil menyerlah, tetapi tidak banyak masa untuk keluar membeli-belah. Maka, Reebonz adalah destinasi kemewahan terbaik anda,” kata Pengurus Besar Negara Reebonz Malaysia, Tang Siew Wai.