Terkini, harga bagi kadar tambang untuk perkhidmatan LRT dijangkan akan disemak semula dan diumumkan sebelum 31 Oktober ini.
Astro Awani melaporkan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar, semakan tambang berkenaan perlu mendapatkan kelulusan kerajaan terlebih dahulu.
Kami akan menyelaraskan tambang dan akan maklum kepada Prasarana tentang susunan tambang baru. Pihak SPAD telah menulis kepada Perdana Menteri dan ia akan dibawa ke Kabinet untuk diluluskan,” katanya.
Kali terakhir semakan kadar tambang LRT dilakukan adalah pada tahun 2002.