Setelah beberapa gambar dan video yang memaparkan gadis melayu berhijab dicium dan dipeluk oleh artis Kpop, B1A4 menjadi viral di media sosial. Rata-rata memberikan respon buruk terhadap gambar dan video tersebut. Difahamkan, gadis-gadis melayu tersebut telah dicium dan dipeluk oleh beberapa anggota kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Centre Kuala Lumpur semalam yang dianjurkan oleh ACER.
Bukan itu sahaja, isu itu turat mendapat perhatian Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Sebagai respon Khairy mengulas perkara ini di Twitter peribadinya,
“Banyak dikatakan tentang Kpop. Harap gadis-gadis Malaysia kembali kepada lelaki tall, dark dan handsome,bukan pale, skinny dan pretty. Itu bukan lelaki sejati.”
Malahan juga, Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia, Dr Zaharuddin Abdul Rahman melahirkan rasa terkejut adegan kumpulan K-Pop terdiri daripada anggota lelaki memeluk dan mencium gadis bertudung dalam satu persembahan di Kuala Lumpur, kelmarin.
Menurutnya, adegan seperti itu ‘benar-benar gerakan liberal atau lebih teruk daripada liberal’ dan ‘jauh lebih teruk daripada memeluk anjing’, merujuk kepada program I Want to Touch a Dog di Petaling Jaya, tahun lalu, yang mencetuskan kontroversi hebat.
Menurutnya, penyebaran video itu tidak dianggap membuka aib kerana gadis dalam rakaman itu sudah tahu bahawa program itu disiarkan secara langsung di media.
“Taubat wajib bagi mereka yang terlibat, namun malang kerana video dosa mereka bakal tersebar selagi wujud YouTube,” katanya.
Zaharuddin turut mengingatkan pengguna media sosial supaya tidak mengeluarkan kenyataan kesat atau maki hamun terhadap individu dalam video tersebut, sebaliknya menasihati mereka.
Sinar Harian & Mynewshub