Sijil halal sebuah restoran terkenal, Secret Recipe ditarik balik kerana gagal mematuhi piawaian kebersihan yang serius. Terkini, JAKIM membuat satu kenyataan bahawa sebuah restoran sushi terkemuka di negara ini, Sushi King tiada status halal.
Baca: TERKINI – JAKIM TARIK BALIK SIJIL HALAL SECRET RECIPE
Melalui ruangan Twitter, seorang individu telah memanjangkan isu tersebut dengan mengajukan soalan status halal restoran makanan Jepun terkenal, Sushi King kepada akaun JAKIM.
Tulisnya, “Bagaimana dengan sijil halal sushi king? Halal atau tidak ya? Mohon pencerahan. Terima kasih.”
Jawapan dari pihak JAKIM untuk individu bernama Fara Aida. “Sushi King tiada status halal setakat ini.”
Menurut FAQ dari Sushi-King mengenai status halal JAKIM, sememangnya mereka tidak mempunyai sijil halal namun dalam masakan mereka hanya menggunakan daging ayam, lembu yang halal. Selain itu menurutnya tiada penggunaan mirin yang mana mengandungi bahan beralkohol dan segala masakan adalah bebas dari daging babi.
Sumber : Siakapkeli.my