Sunway Lagoon ‘Big 20 Promotion’, Tiket Berharga RM20 Hanya Untuk 1000 Pengujung Pertama!

Posted on Jan 21 2013 - 3:30pm by Aida Sue

Kaunter tiket di Sunway Lagoon telah pun sibuk seawal jam 4.00 pagi yang telah diiktirafkan sebagai Asia’s Best Attraction dengan kempen keempat mereka iaitu “20 Fun Years”, rakyat Malaysia beratur sehari sebelum semalam untuk menjadi orang pertama untuk menikmati tiket Sunway Lagoon yang hanya berharga RM20!

Sunway Lagoon “ 20 Fun Years” diperkenalkan pada 20Oktober 2012 bersempena ulang tahun Sunway Lagoon ke-20 yang diadakan pada 20 haribulan bagi setiap bulan hingga ke Mac 2013. Promosi ini memberi peluang untuk 1000 orang pertama untuk mendapatkan tiket pada harga RM20 untuk semua lokasi.

 

“ Saya dan kawan dah ada dekat sini sejak pukul 10 pagi semalam lagi so boleh la kami jadi orang pertama yang ambik tiket itu!,” kata Mohd Fadzil, 20, beliau bermalam diluar pintu utama Sunway Lagoon bersama-sama rakannya.

Promosi hebat ini telah mencapai hits tertinggi dan semakin ramai yang hadir pada 20 haribulan setiap bulan. Pihak Sunway Lagoon juga akan memberikan harga tiket berharga RM50 kepada 1000 lagi orang yang beratur sejak awal pagi.

 “ Kami mencapai ribuan pengunjung pertama seawal jam 3.30 pagi. Di Sunway Lagoon, kami akan terus memberikan pengalaman yang terbaik buat tetamu kami. Kami juga gembira melihat respon yang menggalakkan daripada orang ramai sejak kempen pertama kami iaitu ‘Big 20 Celebration’ pada Oktober lepas”, kata Adron Leow, Pengurus Besar Sunway Lagoon.

 Berpegang teguh kepada tradisi mereka yang tiada tandingannya, Sunway Lagoon juga akan menjadi rumah kepada menaiki air terbesar di dunia dengan kesan lampu LED yang dinamakan Vuvuzela.  Menara air dengan ketinggian 23 meter(76 kaki) yang membolehkan enam pelumba pada satu masa memberikan satu kelainan dan pengalaman yang menarik sebelum merek tiba dan lalui corong seluar 22 meter(72 kaki). Ketinggian corong dan dinding yang ditingkatkan untuk memastikan kegembiraan dan pengalaman yang tidak ternilai!

 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di 603-5639 000 atau layari www.sunwaylagoon.com atau www.facebook.com/sunwaylagoonMsia.

About the Author

Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue

Leave A Response