Pernahkan anda terbayang jika sebuah bandar besar bertukar menjadi taman tema air?
Ya! Jika pernah, anda mungkin akan merasa teruja kerana baru-baru ini jenama pembekal air mineral terkemuka tanah air, Spritzer berasa terpanggil untuk menganjurkan satu aktiviti main air yang digelar Spritzer Slide the City dimana gelongsor sepanjang 1,000 kaki berkelebaran 3 kali ganda saiz padang bola bakal ditempatkan di tengah-tengah pusat bandar Putrajaya.
Acara seumpamanya telah dianjurkan di Amerika Syarikat sejak tahun 2013, seterusnya ia diikuti pelbagai negara antarabangsa yang lain dengan menjadikannya sebagai acara main air tahunan yang meriah untuk disertai pelbagai peringkat umur.
Permintaan semakin meningkat berikutan tiket dan pas kemasukan yang habis dijual ketika kali pertama ia dilancarkan di Malaysia Ogos lalu. Oleh itu, Spritzer Slide the City akan dianjurkan kembali buat kali kedua pada 5 dan 6 Disember ini yang akan meliputi kawasan Lebuh Wadi Ehsan, Putrajaya.
Dijamin, aktiviti ini akan membawa anda kesatu alam yang penuh dengan kegembiraan. Anda pasti merasakan bahawa ini adalah hari hujung minggu yang terbaik pernah anda alami sepanjang tahun 2015.
Leong Delon, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Monkey Theory Sdn. Bhd berkata, “Tidak pernah ada satu pun acara seumpamanya pernah dianjurkan. Gelongsor panjang yang merangkumi tiga lorong terbentang disepanjang jalan Putrajaya adalah sesuatu yang sangat menakjubkan untuk memberi peluang para masyarakat merasa sesuatu yang baharu.”
“Para pengunjung bukan sahaja dapat merasai gelongsor gergasi malah juga menimba pengalaman menarik dengan menyertai aktiviti lain yang turut disediakan seperti karnival yang akan berlangsung selama dua hari berturut-turut merangkumi trak makanan, muzik, permainan dan banyak lagi untuk kegirangan keluarga anda bersama”, ujar beliau lagi.
Walaupun acara ini dianjurkan bagi merapatkan hubungan kekeluargaan anda dengan yang tersayang, Spritzer Slide the City turut memberi perhatian utuh kepada mereka yang memerlukan. Sebahagian hasil jualan pada hari aktiviti akan disalurkan kepada Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) sebagai tanda sokongan kepada para pesakit buah pinggang. Selain itu, pihak Spritzer turut mengutamakan gaya hidup sihat disamping mengembirakan dimana kesemua ahli keluarga dapat sama-sama meluangkan masa.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/slidethecitymalaysia