Seorang wanita yang sedang sarat mengandung 7 bulan akhirnya bertindak melarikan diri setelah berkali-kali dipaksa suaminya sendiri untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang warga Bangladesh semata-mata memuaskan nafsu seks yang pelik.
Sebelum itu, wanita terbabit telah mendapat panggilan telefon daripada suaminya yang mengatakan akan membawa pulang lelaki Bangladesh tersebut ke rumah untuk tidur dengannya. Wanita tersebut kemudiannya bertindak melarikan diri dan meminta bantuan pihak polis. Menurut laporan yang dipetik dari portal berita The Star lagi, sebelum ini, wanita tersebut telah dipaksa berbuat demikian dua ke tiga kali. Kejadian pernah berlaku pada bulan Julai lepas dan pada ketika itu dia sedang mengandung 7 bulan.
Wanita berusia 27 tahun ini juga mendakwa bahawa suaminya akan terangsang secara seksual apabila melihat lelaki Bangladesh tersebut merogolnya dan kemudiannya akan menyambung melakukan hubungan seks bersamanya. Suaminya juga tidak meminta wang sebagai balasan dari warga Bangladesh tersebut.
Wanita malang ini telah pun dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut dan kedua-dua lelaki tersebut pula telah ditahan reman untuk siasatan lanjut. Kes tersebut diklasifikasikan sebagai sebagai kes rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.