Dapatkan koleksi jam tangan Sturmanskie Strela sempena perayaan Aidilfitri. Ia ganjaran terbaik untuk dimiliki sebelum Ramadan berakhir dan aksesori yang akan menjadi bahan bualan sewaktu musim perayaan.
Sturmanskie Strela didatangkan dengan ciri tersendiri iaitu fungsi penggera yang menghasilkan bunyi unik seperti berkicau. Manakala di dalamnya berdegup enjin buatan Rusia yang jarang digunakan tapi cukup terkenal, Poljot 2612. Enjin ini dibina berteraskan pergerakan penggera klasik terkenal, Adolf Schild Swiss. Siri edisi terhad ini hanya dihasilkan sebanyak 250 utas saja seluruh dunia.
Pilih daripada dua model yang ditawarkan – bersama atau tanpa GMT. Jam tanpa GMT memiliki dua butang pelaras, satu pada posisi pukul 4 untuk menetapkan masa manakala satu lagi di posisi pukul 2 untuk menetapkan penggera. Model jam bersama GMT memiliki butang pelaras tambahan untuk menggerakkan putaran alur di bahagian dalam jam, yang berfungsi sebagai penunjuk zon masa kedua atau penjaga masa mengukur selang waktu.
Jam Sturmanskie Strela Alarm boleh didapati di semua rangkaian kedai RED ARMY WATCHES – Pavilion KL, Tropicana City Mall dan One Utama Shopping Centre. Harga runcit jam Sturmanskie Strela Alarm adalah RM2236.