Smashies Burger yang terkenal dengan roti berwarna, hari ini telah membuka cawangan keduanya di Cheras Sentral.
Pengasas Will Soh melancarkan cawangan Smashies Burger pertama pada tahun 2013 di Setapak, berikutan kerjayaan yang memberangsangkan, beliau terfikir untuk berkongsi keenakkan burger dengan lebih ramai lagi penggemar Smashies Burger. Oleh itu, beliau memilih Cheras Sentral sebagai cawangan kedua untuk memperluaskan perniagaannya.
Review
Keunikkan Smashies Burger ialah datangnya dari pemilihan nama untuk burger yang diberikan. Antaranya Annoying Orange burger, the Red Moo burger dan juga the My Mistress burger serta banyak lagi. Bukan itu sahaja, kelainan pada warna setiap bun/roti yng dihasilkan daripada bahan semula jadi sememangnya memikat ramai penggemar Smashies Burger di samping rasa daging yang berbeza dari tempat lain. Harga untuk setiap burger juga berpatutan di samping saiz burger yang agak besar, memang mengenyangkan. Wanista sukakan onion ring Smashies Burger kerana ianya besar dan rangup sekali.
Lokasi:
1. Lot 126-G-5, Metro Genting, Jalan Genting Klang, Setapak
2. Smashies Burger, Cheras Sentral
Masa : 12.30 tengahari – 11.30 malam setiap hari
Info lanjut boleh ke Facebook Smashies Burger