Smart Kids, pesta pendidikan kanak-kanak terbesar dan paling lama dianjurkan di Asia akan ke Pulau Pinang pada Ogos depan. Pameran Smart Kids 2014 akan dibahagikan kepada 6 kategori iaitu Kumpulan pendaftaran pendidikan, produk pendidikan, penyelesaian pembiayaan pendidikan, makanan dan minuman berkhasiat, santai, sukan dan rekreasi, dan penyelesaian ICT pendidikan kanak-kanak.
Pesta selama tiga hari ini akan mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan edutainment (pendidikan dan hiburan) di bawah satu bumbung dengan menyediakan platform berharga untuk ibu bapa dan kanak-kanak yang ingin mencari pusat pembelajaran, pusat pendidikan dan penjagaan kanak-kanak, produk penjagaan kanak-kanak, bahan edutainment dan banyak lagi.
Penglibatan sebanyak 100pihak pameran yang megah dalam pesta tahun ini, pameran yang dinantikan oleh ibu bapa dan kanak-kanak ini turut menjadi destinasi yang gemuruh dengan penuh manfaat dan keseronokan untuk para ibu bapa dan kanak-kanak.
Smart Kids Asia – Pesta Pendidikan Kanak-kanak Terbesar di Asia
Sekiranya anda telah melepaskan peluang untuk menghadiri pesat Smart Kids yang menyeronokkan di PWTC, jangan melepaskan peluang untuk menghadiri Smart Kids yang diadakan di Pulau Pinang nanti seperti berikut:
- Tempat: Straits Quay Convention Centre (SQCC), Pulau Pinang
- Tarikh: Jumaat, 15 Ogos 2014 hingga Ahad, 17 Ogos 2014.
- Waktu: 10.00 pagi hingga 8.00 malam pada 15 dan 16 Ogos; dan 10.00 pagi hingga 7.00 malam pada 17 Ogos.
Maklumat kemasukan lain termasuklah –
- Kemasukan adalah percuma.
- Ibu bapa dan kanak-kanak yang pra-mendaftar atas talian di www.smartkids.com.my sebelum 12 Ogos 2014 (Edisi Pulau Pinang) boleh menebus sebuah Beg Edisi Terhad Smart Kids Asia 2014 (Malaysia) untuk kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah, sementara stok masih ada, berdasarkan siapa dulu dia dapat!
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, log masuk ke www.smartkids.com.my, atau semak laman Facebook di fb.com/smartkids.com.my, atau hubungi 03-8023 2600.