Smart Kids, pesta pendidikan kanak-kanak terbesar dan paling lama dianjurkan di Asia, kini bersedia untuk menguja ibu bapa dan kanak-kanak untuk tahun yang ke-12 berturut-turut pada bulan April ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Pesta selama tiga hari ini akan mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan edutainment (pendidikan dan hiburan) di bawah satu bumbung dengan menyediakan platform berharga untuk ibu bapa dan kanak-kanak yang ingin mencari pusat pembelajaran, pusat pendidikan dan penjagaan kanak-kanak, produk penjagaan kanak-kanak, bahan edutainment dan banyak lagi.
Dengan sebanyak 100 pihak pameran yang mengambil bahagian dalam pesta tahun ini, pameran yang dinantikan oleh ibu bapa dan kanak-kanak ini bakal menjadi destinasi yang gemuruh pada hujung minggu ini dengan penuh manfaat dan keseronokan untuk para ibu bapa dan kanak-kanak.
Pameran Smart Kids 2014 akan dibahagikan kepada 6 kategori –
- Kumpulan pendaftaran pendidikan
- Produk pendidikan
- Penyelesaian pembiayaan pendidikan
- Makanan dan minuman berkhasiat
- Santai, sukan dan rekreasi, dan
- Penyelesaian ICT pendidikan kanak-kanak.
Sesetengah aktiviti untuk kanak-kanak pada tahun ini termasuklah:
Pertandingan Futsal Smart Kids
Terdapat dua kategori untuk disertai yang dibahagi kepada kumpulan lelaki dan perempuan, mereka yang berumur dari 8 tahun hingga 16 tahun boleh mendaftar (dalam kumpulan) dan cuba memenangi hadiah tunai sehingga RM800, produk Admiral dan medal bagi setiap ahli pasukan yang menang ditaja oleh Pinnacle Foods(M) Sdh Bhd.
Ini merupakan pertama kalinya Admiral dan Persatuan Futsal Malaysia mengambil bahagian bersama sebagai Rakan Sukan Rasmi untuk pesta ini.
Smart Kids Aqua Bubble
Marilah cuba ‘berjalan’ di atas air dalam bola gelembung yang besar! Kanak-kanak boleh masuk ke dalam bola lut sinar dan berjalan, berlari, melompat, bergolek atau hanya terapung di atas air tanpa basah. Ia selamat, menggunakan tenaga dan sungguh menyeronokkan!
Memanah Smart Kids
Bagaimana Robin Hood dan Legolas dari Lord of The Rings berupaya memanah dengan tepat? Jawapannya mereka rajin berlatih! Memanah merupakan sukan yang membantu meningkatkan keupayaan kanak-kanak untuk fokus dan meningkatkan koordinasi antara tangan dan mata. Mari nikmati keseronokan dan sesi cabaran dan belajar kemahiran memanah!
Smart Kids Talent Quest Competition
Pengunjung boleh menonton pertandingan khas yang terbuka kepada kanak-kanak sekolah daripada peringkat tadika dan sekolah rendah, di dalam kumpulan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 8 orang. Peserta boleh menyanyi, berlakon, menari atau kombinasi pertunjukan dalam mencuba nasib untuk memenangi hadiah tunai sehingga RM800, sebuah trofi untuk sekolah dan sijil.
Smart Kids Choir Competition
Untuk kumpulan koir sekolah rendah, inilah peluangnya untuk anda menyinar dalam Smart Kids Choir Competition yang akan diadakan buat julung-julung kalinya! Para profesional dari industri muzik akan mengadili pertandingan ini dan memutuskan kumpulan koir manakah yang akan membawa pulang hadiah tunai berjumlah RM800, sebuah trofi untuk sekolah dan sijil.
Smart Kids Colouring Contest
Sekiranya anak anda gemar melukis dan seisi keluarga anda suka mengunjungi taman tema, anda mungkin berpeluang memenangi salah satu hadiah untuk pertandingan yang dibawa khas oleh Sky Enigma Bhd di mana 3 pemenang yang dipilih boleh membawa balik pakej pelancongan ke Hong Kong Disneyland, Bangkok Dream World dan Singapore Universal Studio dengan tiket kapal terbang serta penginapan dan lain-lain lagi.
Smart Kids Education Enrolment Pool
Para ibu bapa jangan lupa mengunjungi Smart Kids Education Enrolment Pool, yang khas untuk ibu bapa yang ingin membuat kajian mendalam tentang tadika, pusat penjagaan kanak-kanak atau pra-sekolah yang mereka berhasrat membuat pendaftaran untuk anak-anak mereka. Inilah merupakan peluang keemasan untuk menentukan apa yang terbaik untuk anak-anak mereka dari segi keperluan pendidikan.
Smart Nutrition Zone
Ibu bapa juga boleh mengunjungi Smart Nutrition Zone yang akan mempamerkan makanan, minuman dan makanan tambahan untuk kanak-kanak. Bahagian ini akan menampilkan peserta industri kesihatan seperti penyedia makanan berkhasiat, pengeluar farmaseutikal, pakar produk penjagaan kesihatan, hospital, pusat perubatan, pakar kesejahteraan dan pakar dalam khasiat dan diet kanak-kanak.
Untuk memudahkan pengunjung, pameran pertama Smart Kids Asia 2014, Edisi Kuala Lumpur akan diadakan seperti berikut:
- Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur
- Tarikh: Jumaat, 25 April 2014 hingga Ahad, 27 April 2014
- Waktu: 10.00 pagi hingga 8.00 malam pada 25 dan 26 April
Maklumat kemasukan lain termasuklah:
- Kemasukan adalah percuma.
- Lima puluh orang pengunjung pertama pada 25hb dan 26hb April (Edisi Kuala Lumpur) akan menerima sepasang tiket wayang ‘The Amazing Spiderman 2’ percuma.
- Lima ratus orang pengunjung pertama setiap hari juga akan menerima beg cendera hati percuma.
- Ibu bapa dan kanak-kanak yang pra-mendaftar atas talian di www.smartkids.com.my sebelum 23 April 2014 (Edisi Kuala Lumpur), dan 12 Ogos 2014 (Edisi Pulau Pinang) boleh menebus sebuah Beg Edisi Terhad Smart Kids Asia 2014 (Malaysia) untuk kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah, sementara stok masih ada, berdasarkan siapa dulu dia dapat!