Sempena ulang tahun pertama butik My Apparel Zoo yang berlokasi di Publika Shopping Gallery, pemilik butik tersebut Ellie E turut memperkenalkan Koleksi Lebaran 2014 untuk sambutan Aidilfitri pada tahun ini.
Digayakan oleh pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH ) 2013 bagi kategori Pelakon Filem Wanita Popular dan Pelakon TV Wanita Popular , Siti Saleha , koleksi ini memperlihatkan cetakan statement yang unik daripada Afrika dan Korea.
Terdiri daripada tiga barisan koleksi, rekaaan Ellie E menampilkan rekaan yang bukan hanya fashion forward bahkan juga selesa menggunakan warna dan cetakan statementnya sebagai mediumnya.
Barisan pertama menampilkan koleksi ” Kataya” , rekaan kaftan daripada fabrik Korean printed silk . Hadir dalam tiga warna menawan iaitu biru , hijau dan kuning.
Bagi yang meminati rekaan kurung moden pula, My Apparel Zoo juga turut menawarkan koleksi “Atsu” . Koleksi ini direka mengunakan fabrik African silks dalam corak tribal yang unik dan berani
Siri yang ketiga pula nampak lebih moden dan sophisticated. Tampil lain daripada rekaan baju raya tradisonal biasa, koleksi Abeeku membawakan rekaan pencil skirt daripada fabrik African Angolan printed Wax dipadankan dengan top ringkas . Tidak terhad kepada lebaran sahaja, busana ini juga sesuai digayakan ketika majlis formal dan kasual . Anda boleh mendapatkan skirt dengan harga RM 290 atau set bersama top dengan harga Rm520.
Selain Koleksi Lebaran 2014 , My Apparel Zoo juga turut mengenengahkan aksesori vintage daripada Verstyle Vintage dan koleksi clutch daripada Wakidoku.
Directory :
Alamat :
My Apparel Zoo Studio, B2 -1-12 Publika, Solaris Dutamas . (naik lif bersebelahan Sony Centre)
Telefon : 03 – 62065851
Email : ellie.apparelzoo@gmail.com
Laman web : www.myapparelzoo.com
Instagram : @myapparelzoo