Drama Dia Semanis Honey yang sedang hangat ditayangkan di Astro Ria terusan mendapat sambutan yang luar biasa. Rata-rata peminat memuji keserasian tunggak utama Siti Nordiana dan Aliff Satar sehingga ada yang menyifatkan mereka benar-benar serasi.
Malahan juga, peminat khususnya yang beragama Islam turut memuji drama arahan Michael Ang itu kerana tidak mempamerkan sebarang adegan bersentuhan antara hero dan heroin namun masih lagi berjaya mempamerkan aksi-aksi romantis mereka.
Dalam pada itu, Nana yang kini merupakan seorang ibu tunggal akui dia masih perlu menjaga batas-batas pergaulannya dengan Aliff demi menjaga hati isteri aktor popular itu.
“Alhamdulillah gandingan saya dan Aliff menjadi. Saya tak sangka akan diterima disebabkan saya pun gemuruh dengan respon peminat. Ini berikutan saya dengan Aliff kali pertama bekerjasama, malah, jarak usia kami juga agak jauh juga. Namun, lama-kelamaan saya rasa ada keserasian kerana dibantu oleh Aliff dan pengarah.
“Apapun semua itu atas dasar kerja dan saya cuba sedaya-upaya untuk menjaga batas-batas antara kami berdua. Kebanyakan babak romantik saya mohon tidak ada adegan bersentuhan. Ini kerana saya pernah menjadi isteri jadi saya faham bagaimana perasaan seorang isteri,” kata Nana.
Sebelum ini, pelakon Aliff Satar mendakwa isterinya tidak sanggup untuk melihat adegan romantisnya bersama Siti Nordiana. Anda boleh baca artikel ini di : ISTERI JELIK TENGOK ADEGAN ROMANTIS ALIF SATAR BERSAMA SITI NORDIANA