Pernah terfikir bagaimana keadaannya bila si bapa yang menjaga makan, pakai dan minum si anak tanpa bantuan si ibu? Anda boleh lihat gelagat menarik siri realiti keluarga baharu Mom’s Time Out buat pertama kalinya pada 28 Ogos 2014 di Astro Lifetime.
Siri ini menampilkan keluarga dari Singapura, Malaysia dan Filipina apabila mereka menjalani eksperimen sosial dengan menukar peranan mereka di rumah. Tiga orang ibu tersebut pergi bercuti selama 5 hari ke Vietnam bersama-sama, meninggalkan si bapa menguruskan anak-anak dan rumah tangga.
Akan ditayangkan pada setiap hari Khamis jam 9 malam selama setengah jam, siri lima episod ini memaparkan peristiwa yang menarik dan kadangkala lucu apabila si bapa yang tidak biasa menjaga anak dan menguruskan rumah tangga terpaksa memikul tanggungjawab tersebut.
Mom’s Time Out menggalakkan tema kekeluargaan, iaitu fokus utama dalam budaya Asia, dan telah menarik perhatian jenama-jenama seperti Angsana Lăng Cô, Central Vietnam, KidZania Kuala Lumpur, SANRIO HELLO KITTY TOWN dan The Little Big Club untuk menjadi sebahagian daripada siri ini.
Ikuti pengembaraan keluarga yang lucu ini dalam Mom’s Time Out pada bulan Ogos ini di saluran LIFETIME Astro Saluran 709, Pek Variasi. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.lifetimeasia.com/MomsTimeOut.