MAGGI® CukupRasa™ mengumumkan usahasama dengan duta barunya, Sheila Rusly – seorang selebriti dan penerbit tempatan yang telah memenangi pelbagai anugerah, di sebuah upacara pelancaran semalam. Usahasama dengan Sheila, seorang isteri yang penyayang dan ibu kepada dua orang anak ini bertujuan untuk menggalakkan ibu-ibu di Malaysia agar memasak dengan yakin dan sentiasa mencuba resipi-resipi baru.
“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Sheila Rusly yang pandai memasak dan percaya akan kepentingan memasak di rumah. Beliau adalah bukti kepercayaan kami bahawa detik-detik yang paling indah tercipta apabila menikmati hidangan yang lazat dan kami teruja untuk bekerjasama dengan beliau dalam menyebarkan kegembiraan dan mendorong penyediaan masakan di rumah. Kami berharap beliau akan terus memberi ilham kepada ibu-ibu dengan idea-idea hidangan baru yang lazat dan sihat,” kata Rosalyn Simba, Pengurus Eksekutif Perniagaan, Bahagian Makanan, Nestlé (Malaysia) Berhad.
Sheila yang turut berkongsi pandangan yang sama menceritakan bahawa keluarganya kini lebih menikmati masakannya selepas beliau menemui MAGGI® CukupRasa™, penambah perasa semua-dalam-satu yang hebat di mana setiap butiran dilengkapi dengan bawang segar, rempah-ratus seimbang dan kepadatan rasa yang membangkitkan lagi rasa apa jua masakannya. Sejak penemuannya, beliau sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan kemahiran memasaknya dan mencipta resipi-resipi baru untuk keluarganya kerana MAGGI® CukupRasa™ melazatkan lagi rasa masakannya!
“Mengimbangkan masa di antara kerja dan keluarga kadangkalanya mencabar kerana jadual saya yang sibuk dan tidak menentu, namun saya sangat gembira apabila keluarga saya menikmati masakan saya di rumah. Tidak kiralah jika anda baru belajar memasak atau sudah mahir, memasak untuk keluarga bukan lagi seperti dulu setelah anda mencuba MAGGI® CukupRasa™!” kata Sheila.
Untuk pelbagai aktiviti menarik dan resipi lazat MAGGI® CukupRasa™, sila ikuti:-
- Laman web rasmi MAGGI® Malaysia – http://bit.ly/MAGGICukupRasaBM
- Laman Facebook MAGGI® Malaysia – http://bit.ly/MAGGIMalaysiaFB
- Laman Youtube MAGGI® Malaysia – http://bit.ly/MAGGIMalaysiaYT
- Laman Instagram MAGGI® Malaysia – http://bit.ly/MAGGIMalaysiaIG
- Laman Facebook Sheila Rusly – http://bit.ly/SheilaRuslyFB