Seperti leher yang dihiasi kalung berloket mutiara, ianya tampak sangat berkelas. Begitu juga dengan pergelangan tangan, alangkah lebih indahnya apabila ia dihiasi dengan seutas jam tangan terbaru rekaan SEVENFRIDAY P1B-02 khas untuk wanita.
Jam tangan ini dihiasi rangka yang berwarna putih, sangat eksklusif apabila bahagian dalaman jam adalah lut sinar, menonjolkan sistem ketukangan mekanikal di bahagian tengah jantung jam, sekligus menyerlahkan karakter yang sangat moden dan bersahaja.
Reka bentuknya pula adalah bersegi sambil dilengkapi bucu berlengkung yang merupakan sisi utama ke atas setiap inovasi jenama SEVENFRIDAY.
Disisip dengan keanggunan klasik, tali jam tangan unik ini diperbuat dari kulit asli anak lembu, lembut mencengkam pergelangan tangan dengan selesa. Bahkan, terdapat penentu siang dan malam yang berfungsi untuk memaparkan simbol matahari dalam rona emas 5N serta bulan dalam rona putih pada piring yang setiasa berputar pada dial jam tangan ini.
Anda tidak perlu risau kerana cermin yang menyelaputi paparan jam ini adalah merupakan gelas jenis mineral, ianya tahan lasak dan kukuh, selamat untuk digayakan dalam keadaan apa sekalipun.
Kombinasi teknologi dan fesyen yang cukup menakjubkan, sila layari www.sevenfriday.com untuk maklumat lanjut berkenaan SEVENFRIDAY P1B-02.