Jenama Too Faced tidak asing lagi buat penggemar alat solek di dunia. Pengasasnya Jerrod Blandino dan Jeremy Johnson percaya bahawa solekan dapat memberikan impak kepada si pemakai khususnya kuasa dan wanita akan lebih yakin dengan diri sendiri. Apa yang menariknya mengenai Too Faced ini adalah rekaannya yang girly serta nama produknya yang daring membuatkan ramai wanita gemarkan produk ini…seolah-olah memberikan satu kenyataan yang bold! Okay, penulis berkesempatan untuk melihat koleksi terkini Too Faced sempena musim perayaan di acara yang dikelolakan oleh Sephora baru-baru ini.
Christmas Party Must-Haves ( RM69 )
Set eksklusif ini membawakan produk terlaris di bawah jenama Too Faced. Anda boleh menggunakan set ini sewaktu melancong atau menjadikan ia sebagai salah satu hadiah untuk rakan baik anda juga.
Chocolate Soleil Matte Bronzer diresapi dengan serbuk koko yang kaya dengan antioksidan dan signature bronzing pigment untuk menjadikan ia bronzer matte yang unik yang memberikan impak tona kulit yang sekata. Primed & Poreless Skin Smoothing Face Primer melembutkan wajah dengan mengurangkan penampakn liang pori,
Shadow Insurance Anti-Crease Eye Primer pula adalah krim untuk meratakan tona kulit dan memberikan kesan kulit lebih halus bak kanvas yang sempurna. Better Than Sex Mascara pula mampu memberikan kesan mata galak kepada si pemakai serta diperkaya dengan kolagen untuk menyihatkan bulu mata.
Mengandungi :
• Deluxe Chocolate Soleil Matte Bronzer
• Deluxe Primed & Poreless Skin Smoothing Face Primer
• Deluxe Shadow Insurance
• Deluxe Better Than Sex Mascara
Beauty Wishes & Sweet Kisses ( RM115 )
Ia mempunyai tiga pembayang mata dari Chocolate Bar Eye Shadow Palette dengan warna yang berasaskan serbuk koko yang kaya dengan anti-oksidan. Ia juga mempunyai Chocolate Soleil bronzer dan Snow Bunny bronzer untuk memberikan seri pada wajah si pemakai. Anda boleh lengkapkan solekan anda dengan pengilat bibir yang seksi!
- 3 pembayang mata eksklusif dari Chocolate Bar Eye Shadow Collection
- Chocolate Soleil Bronzer
- Snow Bunny Luminous Bronzer
- La Crème Lip Gloss in Naked Dolly
Everything Nice ( RM195 )
Palet ini merupakan produk MUST HAVE untuk semua wanita. Ianya serba lengkap dengan pelbagai produk popular Too Faced seperti Better Than Sex Mascara, Chocolate Soleil Bronzer yang kaya dengan bahan anti-oksidan, berus Cruelty Free Teddy Bear Hair dan pembayang mata dengan pelbagai warna dan juga menggunakan formula hebat dari Too Faced. Palet yang sangat versatil ini mampu menjadikan wajah anda lebih berseri dan cantik. Ia juga mempunyai beg berzip berkilau di dalam warna merah jambu.
Memmpunyai :
• 20 pigmen pembayang mata
• 2 bronzer Chocolate Soleil Bronzer
• 2 berus termasuklah Papa Don’t Peach
• 3 berus bersaiz mini Cruelty-Free Teddy Bear Hair
• Better Than Sex Mascara
• Beg berkilau edisi terhad
• Buku tips dan cara menyolek wajah
La Belle Carousel ( RM165 )
Karosel ini mempunyai set lengkap pembayang mata, pemerah pipi, bedak penyeri wajah dan juga maskara hebat Better Than Sex Mascara. Paling menarik, ia direka dengan 6 set alat solek individu yang boleh ditanggalkan dan dijadikan sebagai hadiah. Palet ini direka sendiri oleh pengarah kreatif Too Faced, Jerrod Blandino.
Mengandungi :
• 3 palet pembayang mata dengan 12 pigmen warna berbeza
• 2 Blush & Bronzer Palettes ( termasuk Chocolate Soleil Bronzer dan Who’s Your Poppy Blush )
• Better Than Sex Mascara
Melted Kisses ( RM69 )
Apa yang menarik mengenai gincu ini adalah ia tidak akan kehilangan warna ataupun serinya biarpun dipakai lama. Melted Liquified Long Wear Lipstick yang bersaiz sederhana ini boleh di bawa ke mana-mana sahaja dan memberikan kesan berpanjangan apabila dipakai.