Pesawat Hello Kitty? Pernah terfikir atau tidak anda berada dalam pesawat yang penuh dengan Hello Kitty, malahan makanan juga dibuat bentuk Hello Kitty?
Penerbangan EVA Air akan membawa pesawat Hello Kitty ke Lapangan Terbang Changi Singapura pada bulan Disember. EVA Air dan Sanrio bekerjasama untuk melancarkan generasi pertama Hello Kitty Jets pada tahun 2005 dan 2006.
Pada tahun 2011 menyaksikan kedua-dua syarikat membangun dengan kewujudan generasi kedua EVA Hello Kitty Jets. EVA Air kini beroperasi 6 versi pesawat Hello Kitty yang dicat khas. Masing-masing dengan tema yang tersendiri, termasuk EVA Hello Kitty Magic, Apple, Global, Happy Music Speed Puff dan yang terkini Hand-in-Hand Jets.
Daftar masuk adalah eksklusif untuk penumpang dari Taiwan ke Japan, Korea, Hong Kong, Mainland China Guam, dan United States. Tetapi kini, anda juga boleh merasai pengalaman membuat perjalanan dari Taiwan ke Singapura pada Disember ini!
Berminat untuk merasai pengalaman penerbangan Hello Kitty Disember ini? Pilih dari mana-mana tarikh: 4, 5, 6, 11, 12, 13, 18, 19 & 20 DISEMBER 2014!