Dipilih oleh CNN sebagai salah satu daripada dua belas sebab untuk melawat Seoul, BigBang bukan sahaja menguasai carta Asia tetapi juha mendominasi Amerika Syarikat dengan “Hallyu Madness”.
Bukan itu sahaja, bila bicara tentang fesyen, mereka ini adalah boy band yang mempunyai fesyen yang tersendiri malah sentiasa dilihat mengenakan fesyen dari label mewah.
G-Dragon, TOP, Seungri dilihat telah melahirkan rasa ‘cinta’ mereka pada kaca mata hitam Ray-Ban.
Ketua BigBang dan ikon fesyen, G-Dragon turut berkongsi rasa ‘cintanya’ yang lebih pada Ray-Ban ketika mengadakan konsert, muzik video malah item wajib di lapangan terbang serta acara lain.
Malah, rapper seksi dan pelakon, TOP turut berkongsi minat pada Ray-Ban di Instagramnya.