Jangan lupa temu janji anda di depan kaca televisyen kerana sempena Tahun Baru Cina ini, saluran Disney (Astro Ch 615) banyak tampilkan program menarik. Nak tahu apa? Tengok di bawah..
Wallace and Gromit: The Curse of the Were-Rabbit
1 Februari, Ahad, 9 pagi
Wallace dan anjingnya yang setia, Gromit, memulakan ekspedisi untuk menyelesaikan misteri di sebalik kerosakan kebun yang sedang melanda kampung mereka dan mengancam peraduan sayur gergasi tahunan mereka. Adakah mereka akan berjaya? Tontoni Disney Channel untuk mengetahui!
Hari Villaintine di Disney Channel
14 Februari, Sabtu, 9 pagi hingga 4 petang
Disney Channel akan menyambut Hari Valentine dengan gaya baru yang bukan bertema cinta dan romantis. Sebaliknya, kami akan menyambut Hari Villaintine! Betul, kami akan menumpukan pada Penjahat kegemaran anda! Saksikan mereka beraksi dalam The Lion King, Phineas and Ferb, 7D, Gravity Falls, Star Wars Rebels, The Smurfs dan The Sword in the Stone.
Untuk kaki romantis pula, jangan risau kerana bukan segalanya bertema Villain! Tontoni siaran ringkas Mickey Mouse short – “Eau du Minnie” dan “Goofy’s First Love”. Segalanya ada untuk semua orang di Disney Channel!
Tahun Baru Cina di Disney Channel
18 – 22 Februari, Rabu hingga Ahad
Sambut Tahun Kambing dengan EPISOD BARU siri Disney Channel kegemaran anda seperti 7D dan Gravity Falls serta filem hebat untuk menikmati musim percutian anda. Anda pasti tidak mahu ke mana-mana kecuali di depan kaca TV bersama Disney Channel!
19 Februari, Khamis, 8 pagi ke 11 malam
20 Februari, Jumaat, 8 pagi ke 11 malam
Star Wars Rebels **EPISOD BARU**
28 Februari, Sabtu, 12 tengahari
Demi melindungi pelarian Imperial, Kanan dan Ezra cuba untuk menarik perhatian tentera Imperial, lalu mengakibatkan pertempuran sengit. Adakah mereka akan menang? Tontoni Disney Channel untuk mengetahui.<