Selena Gomez kini dikatakan sedang intim dengan penyanyi berusia 17 tahun iaitu Austin Mahone. Austin yang terkenal dengan lagu Say Somethin’ , dikatakan mula rapat dengan Selena sejak akhir tahun lalu dan telah dipertemukan oleh bintang terkenal, Taylor Swift. Selena dan Austin dikatakan mesra kerana aliran muzik yang sama dan dilihat sering menghabiskan masa bersama-sama. Walaupun mereka tidak memberitahu pihak media secara rasmi, akan tetapi, sumber terdekat mengatakan yang hubungan mereka adalah lebih dari sekadar kawan.
Kedua-dua telah mengenali antara satu sama lain untuk seketika dan pada musim panas lalu mereka dilihat bersama-sama di taman tema Disneyland , Los Angeles dengan rakan-rakan mereka. Pada hari Jumaat lepas, mereka telah dilihat menghadiri konsert Beats Music sehari selepas Justin Bieber ditahan.