Penampilan terbaru XALF yang mencerminkan kebebasan; bebaskan diri anda dari kesibukan dan nikmati hidup dalam cara yang tersendiri.
Kita semua lebih mudah tertarik dengan sesuatu yang terdedah daripada yang tertutup di sekeliling kita dan kerana itulah koleksi XALF yang terbaru terdiri daripada pelbagai pilihan warna nude yang diseiringkan dengan pilihan warna senada lain di mana ia dianggap sebagai warna yang matang dan lebih imun daripada pilihan anak muda sekarang.
Koleksi ini direka khas bagi mereka yang ingin menikmati hidup dan sudah melalui pelbagai pengalaman yang meliputi perasaan paling terdalam seseorang manusia: kesakitan, cinta, jangkaan, harapan, kegembiraan dan semangat juang yang tinggi untuk bergerak kehadapan apabila hidup tidak seperti yang diharapkan.
The Ex-Husband (RM1650)
Dapatkan permulaan baru dengan menendang si dia ke tepi jalan menggunakan kasut bertumit tinggi 4 inci berwarna kuning air yang menyembunyikan kaki dan pergelangan kaki. Tumitnya dilitupi kulit paten hitam yang menyerlahkan kontras hitam dan putih dikala dia sudah dikirimkan dokumen perceraian yang mengujakan, dimana si gadis boleh menuntut apa yang sepatutnya menjadi hak miliknya.
The Skinny Dipper (RM1650)
Cetakan berbentuk segitiga geometri menggayakan bahagian atas kasut berwarna nude dan dipadankan bersama tumit setinggi 4 inci yang kelihatan seperti tali tipis baju yang diikat. Kancing perak yang digayakan menyerlahkan lagi bahagian atas kasut dan lapik lembut di dalam meminimumkan kerosakan ketika anda perlu menerokai kota raya bersama sahabat baik.
The Dream Date (RM1650)
Biru Carolina adalah paling sempurna untuk si gadis yang berkaki panjang dan suka mendominasi pasangan tetapi tetap lebih menggemari warna lebih lembut dari biru pucat. Kami masih berkeras bahawa tumit setinggi 4 inci boleh menggusarkan kebanyakan jiwa lelaki tetapi sentuhan corak zig-zag dan kulit berwarna pasir memberikan petunjuk kepada lelaki bahawa anda tetap menghargai mereka yang sanggup bertahan dengan ujian yang anda berikan melebihi had masa sepatutnya.
The Power Couple (RM1650)
Butiran berlian bukanlah benda asing lagi untuk dijumpai, tetapi kasut baji dengan tumit 3.5 inci dengan kemasan runcing di bahagian hadapan adalah cukup sempurna apabila anda mahu menguasai keadaan dan meggunakan cara anda tersendiri. Applikasi penggunaan dua tona warna yang berbeza menambah tekstur dan kancing berwarna perak pembahagi antara bahagian penggunaan kulit serta suede. Sarungkan kaki anda dan kawal sebarang keadaan di sekeliling.
The Ice Cream Sunday (RM1650)
Kasut baji setinggi 3.5 inci dan runcing dihadapan adalah rakan terbaik untuk anda menikmati tengahari Ahad dan bersantai menikmati teh adalah satu-satunya angenda pada hari tersebut. Ceriakan hari dan bersedia dengan sebarang persembahan gaya yang tersedia dan pastikan juga anda berkelakuan cukup baik ketika menggayakan kasut cantik dengan rona krim ini yang turut dilengkapi biku berwarna merah di sepanjang tepiannya dan di tali lilitan buku lali.
The Gladiator (RM1650)
Tidak perlu dinafikan lagi! Gayakan kasut baji 3.5 inci dengan bahagian hadapan terdedah ini dengan kemasan bersilang yang pasti membuatkan parti toga bertemakan serba putih gempar. Ayuh sekarang, jangan segan lagi. Biarkan minuman keras merah itu bersatu dengan orang sekeliling dan khabarkan kepada mereka bahawa terdapat lebih lembaran di bawah selain daripada apa yang terlihat oleh mata kasar.
The Blueprint (RM1650)
Tugas anda adalah untuk mencipta persekitaran yang membuatkan anda bahagia. Dan sekiranya kasut ini terletak cantik di kaki – pengukuhan positif dalam bentuk kasut terdedah setinggi 4 inci ini tidak mempedulikan tanggapan orang lain terhadapnya – sarungkannya dengan penuh keyakinan dan semudah yang boleh. Bahasa tubuh anda pasti akan terserlah dengan penutup buku lali yang akan menggayakan gerakan pinggul anda dalam setiap langkah.
The Algebra Teacher (RM1650)
Teorem Pithagoras bukanlah minat anda? Akan terserlah konsep matematik dalam kasut setinggi 4 inci ini yang mana cadangannya kelihatan seperti semuanya melibatkan penambahan dan bukannya penolakan. Penutup lutsinar yang terletak berdekatan jari kaki membenarkan anda seperti bermain sembunyi-sembunyi dengan orang dewasa yang mungkin memandang rendah terhadap wanita bijak.
The English Teacher (RM1650)
Kontras dengan Algebra Teacher adalah pihak yang punyai kuasa yang mana anda tidak mahu berselisih ketika di dalam ujian kefahaman.Dia akan menggagalkan anda dan membawa anda ke pejabat untuk memberi lebih hukuman kerana kurangnya kefahaman dalam kata nama, kata kerja dan kata sifat. Dan dia akan melakukannya dalam pada sedang menggayakan kasut hitam putih yang anggun setinggi 4 inci ini.
The Man-eater (RM1950)
Tambahkan sedikit unsur garang pada ‘Ladies Night’ anda yang pasti akan menarik perhatian semua lelaki di kawasan sekitar. Ditambah dengan tumit 4 inci setebal keberanian dan kenakalan si gadis untuk menggesel kaki dengan si mangsa dan dilengkapi pula dengan zip di belakang seperti baju hitam seksi. Kancing emas membentuk segitiga digabungkan bersama material kulit anak lembu hitam dan cetakan kulit reptilia berwarna gangsa menunjukkan kesungguhan dalam bilik lembaga pengarah (dan bilik tidur).
Untuk info lanjut, anda boleh kewww.xalfdesign.com.