Insidious: Chapter 2! Grown Ups 2! Dan pelbagai lagi program menarik untuk anda yang dibawakan oleh AXN sepanjang bulan musim perayaan ini.
Menuju ke penghujung tahun, AXN kembali menayangkan tayangan-tayangan yang “redefines action” dalam tahun 2015.
Program AXN Terbaik pada Tahun 2015
21 Disember – 1 Januari, mulai pukul 6.20pm
Menampilkan acara kegemaran Anda dengan siri drama dan film terbaik setiap hari!
Menampilkan: NCIS: Los Angeles 6, The Amazing Race 27, Falling Skies 5.
Program Khas AXN untuk Hari Natal
25 Disember, Jumaat mulai pukul 9am
Nikmati waktu bersama keluarga pada Hari Natal dengan menonton acara: Totally Insane Guinness World Records 2, Exit, The Voice 9 maraton, dan filem Grown Ups 2 yang akan buat tayangan perdana di AXN!
Program Khas AXN menjelang Tahun Baru
1 Januari, Jumaat mulai pukul 9am
Sambut tahun baru dan bersantai bersama AXN! Menampilkan: American Ninja Warrior 5, Asia’s Got Talent maraton dan Kung Fu Hustle: film aksi komedi pencak silat dari Hong Kong-China.
AXN mempersembahkan pilihan filem-filem yang menarik seperti :
Insidious: Chapter 2
17 Disember, Khamis pukul 8.55pm
Seberapa jauh akan anda masuk ke kegelapan untuk mencari kebenaran? Sekuel Insidious yang mengerikan kini bercerita tentang keluarga Lambert yang mencari cara membongkar rahsia misterius zaman kanak-kanak mereka. Akhirnya, pencarian ini menjerumuskan mereka ke dunia aneh yang berbahaya. Mereka harus bergantung kepada sekutu untuk lepas diri daripada jeratan syaitan dan berusaha untuk membongkar rahsia sebelum kekuatan jahat terus melancarkan serangan yang membawa maut.
Dibintangi oleh Rose Byrne (Seri Damage TV, Neighbours), Patrick Wilson (The Conjuring, Watchmen), Barbara Hershey, Lin Shave, dan Ty Simpkins.
Grown Ups 2 (Sebahagian Khas Hari Natal)
25 Disember, Jumaat pukul 9.05pm
Pelakon-pelakon komedi utama daripada filem Grown Ups kembali lagi (dengan tambahan watak baru yang menarik) untuk membawakan lebih keceriaan. Lenny (Adam Sandler) dan keluarganya telah pindah ke kota kecil di mana Lenny membesar bersama teman-temannya. Kali ini, Lenny dan teman-temannya mendapatkan pembelajaran berharga daripada anak-anak mereka pada suatu hari terkenal penuh dengan kejutan: hari terakhir sekolah.
Dibintangi oleh Adam Sandler (Big Daddy), Steve Buscemi (Fargo), Taylor Lautner (Twilight), nominator Oscar Selma Hayek (Frida) , Maria Bello (Payback) Kevin James (Hotel Transylvania, The King of Queens), Chris Rock (Madagascar), dan David Spade (Rules of Engagement).