Seramai 20,000 rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang berkumpul untuk menyaksikan perhimpunan sarapan pagi paling besar di Malaysia yang dibawakan oleh MILO® Malaysia di Perbadanan Putrajaya.
Kembali untuk tahun kedua, kejayaan dan magnitud evolusi Hari Sarapan Malaysia yang dibawakan kepada anda oleh MILO® mengukuhkan misi pentingnya bagi menggalakkan orang ramai supaya mengambil pilihan nutrisi yang betul untuk sarapan yang seimbang, selain menggalakkan gaya hidup sihat. Acara yang penuh ceria ini bertujuan menyeru rakyat Malaysia agar mengambil diet yang betul untuk keluarga, terutama anak-anak mereka yang sedang membesar.
Seramai 10,000 orang mengambil bahagian dalam larian sejauh 7 kilometer yang direka untuk mereka yang serius berlari. Sementara jarak sejauh 3 kilometer pula disediakan untuk golongan ibu bapa dan kanak-kanak.
MILO® menambah keterujaan dengan membuat satu perubahan menerusi pengenalan Tenaga Positif, diperoleh daripada sarapan yang berkhasiat dan seimbang. Tenaga Positifdiambil daripada nisbah nutrisi sempurna yang terdiri daripada protein, karbohidrat dan lemak untuk memberikan tubuh kita tenaga yang diperlukan untuk menghadapi cabaran fizikal dan mental pada setiap hari.