Sudah dua tahun sejak pengeluaran filem terakhirnya, Gravity, dan baru-baru ini Sandra Bullock kelihatan teruja untuk feat terbaharu beliau, Minions. Sandra Bullock tampil dengan gaya “all-out” ketika menghadiri tayangan perdana filem tersebut di Auditorium Shrine di Los Angeles pada Sabtu.
Pelakon berusia 50 tahun yang memainkan suara Scarlett Overkill dalam filem keluarga animasi itu dilihat memakai kasut tumit tinggi yang diilhamkan daripada Minions semasa berjalan di atas karpet berwarna sama. Ternyata, penampilannya itu mencuri perhatian ramai dan lensa kamera. Comel!