Samsung Malaysia memperkenalkan satu lagi telefon pintar baru berasaskan Android iaitu Samsung Galaxy A8. Samsung Galaxy A8 hadir daripada keluarga peranti Galaxy A yang mana menyertakan rekaan yang premium dengan penggunaan bingkai berasaskan logam.
- Galaxy A8 merupakan telefon pintar paling nipis daripada Samsung, skrin bersaiz 5.7-inci dengan resolusi 1920×1080 pixel.
- Pengguna ditawarkan dengan ruangan storan sebesar 32GB yang mana boleh diperluaskan dengan penggunaan mikro-SD.
- Telefon pintar ini hadir dengan sokongan dwi-SIM, tetapi ia berbentuk hibrid, di mana SIM kedua boleh digunakan sama ada untuk SIM atau untuk mikro-SD.
- Samsung Galaxy A8 menggunakan kamera 16-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.
- Telefon pintar ini menyokong rangkaian 4G LTE serta dilengkapi bateri berkapasiti 3050mAh.
- Telefon pintar ini turut menyertakan penggunaan pengimbas cap jari padanya.
Galaxy A8 boleh didapati di Malaysia bermula 30 Julai 2015 dengan harga RM1888 (termasuk 6% GST), menawarkan pilihan warna seperti Gold, White dan Black, boleh didapati daripada para pengedar rasmi Samsung seluruh negara.