Reka bentuk serta warna menonjol yang diterapkan ke dalam konsep rekaan beg ikonik dari Coach ini sememangnya bisa menyerlahkan lagi sambutan Aidilfitri 2016.
Fokus kepada wanita yang gemarkan gaya mewah serta moden, setiap satu tas tangan dari koleksi Coach New York ini dibuat menggunakan material kulit asli yang diambil dan dipilih secara eksklusif dari American house of leather iaitu sebuah pembekal barangan dan aksesori kulit bermutu.
Bersempena sambutan Aiddilfitri yang akan disambut selepas bulan Ramadhan pada awal Julai nanti, Coach New York merealisasikan wanita di luar sana untuk bergaya sakan dengan memperkenalkan Soft Swagger Bag yang kini hadir dalam variasi pilihan warna menarik! Daripada warna neutral seperti “nude” hinggalah kepada rona merah padam, semuanya mempunyai karakter masing-masing yang bisa buat orang terpana kala memandangnya. Coach Swagger Bag merembeskan aura glamor sekaligus sisi penggayaan yang indah.
Perincian yang melihatkan penggunaan kancing besi elegen, tas tangan dari siri Coach Soft Swagger Bag pasti mampu merungkai personaliti anda yang versatile. Dalam masa yang sama, reka bentuknya yang lebih kompak dan ringan itu membuatkan ia mudah untuk dibawa kemana sahaja dan bisa dijadikan aksesori penyeri gaya walau apa jua majlis yang dihadiri tidak kira sama ada formal mahupun untuk gaya yang kasual bersahaja.
Sila layari malaysia.coach.com untuk keterangan lanjut.