Siapa disini ada tabiat suka ‘mencuri’ barang dari bilik hotel untuk dibawa pulang ke rumah. Rasanya tabiat suka bawa pulang botol kelengkapan peribadi mini dan uncang teh percuma yang disediakan boleh dianggap perkara biasa dan tidak menjadi isu. Namun tahukah anda ada juga tetamu yang menginap di hotel yang suka membawa pulang barang-barang seperti jubah mandi, penyangkut kot malah kain cadar sebelum daftar keluar.
Jadi sebagai alternatif untuk membendung perkara ini, sebuah hotel di Australia telah menggunakan pendekatan reverse psychology , dengan mneyenaraikan item-item yang kerap dicuri ini lengkap dengan nilai harga barangan tersebut.
Kumpulan hotel QT telah menyediakan menu 14 item, termasuk cawan kopi, penanduk kasut, penyangkut baju kot, topeng mata, shaker koktel dan gelas bilik mandi. Antara item termahal adalah jubah mandi yang bernilai 175 Dollar Australia ( RM 507) . Melalui menu tersebut, hotel ini cuba mengingatkan jika ada sebarang item ini yang dibawa pulang tetamu, harga tersebut perlu dibayar oleh tetamu tersebut nanti.
Menurut jurucakap hotel tersebut juga menu tersebut sudah menjadi semakin popular. Survei yang dibuat oleh Hotel Novatel menunjukan item yang menjadi kegemaran tetamu untuk ‘dicuri’ termasuklah jubah mandi, tuala, kusyen, alat kawalan televisyen ( ini pun? ) dan paket kopi. Barang yang dilihat unik juga antara yang menjadi kegemaran. Rantaian The Best Western dari Amerika Syarikat juga turut mendakwa bahawa cadar, mentol dan perabot juga kadag-kadang dicuri oleh tetamu hotel.
Starwood Hotel Group (juga dari Amerika) pernah mendakwa sebuah piano telah dicuri oleh salah seorang tetamu hotel mereka. Survei dari Just The Flight mendapati, hampir 43% daripada peserta servei tidak menganggap perkara tersebut sebagai mencuri. 12% dari perserta berpendapat mereka berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
Pendapat anda pula bagaimana? Salah atau tidak perbuatan ini?