Gempar apabila Militan dari Negara Islam (Isis) mendakwa telah membunuh seorang wartawan Amerika lama tertawan dalam Syria sebagai membalas dendam kerana serangan udara AS yang berterusan terhadap kuasa-kuasa di Iraq dalam rakaman sebuah video.
Video propaganda bertajuk ” Pesanan Untuk Amerika” tersebut telah diedarkan pada hari Selasa lalu dan memaparkan seorang pejuang Isis yang bertopeng memenggal seorang lelaki berpakaian jumpsuit warna oren yang sedang berlutut. Lelaki tersebut dipercayai adalah seorang wartawan bebas daripada Amerika James Wright Foley, yang hilang di Syria pada 2012.
Video tersebut masih lagi dalam proses penyiasatan dalam mengesahkan kesahihannya oleh kumpulan perisikan AS , namun mesej yang disampaikan
Foley merupakan seorang wartawan berpengalaman yang pernah membuat liputan perang di Libya sebelum menuju ke Syria bagi mengikuti pemberontakan menentang rejim Bashar al-Assad untuk Agence France-Presse (AFP), portal berita GlobalPost dan media lain.
Jika video tersebut benar-benar sahih, tindakan kumpulan militan tersebut dikecam kerana menglibatkan nyawa individu yang tidak bersalah terutama seorang petugas media seperti Foley.