UBER, sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan melalui aplikasi telefon pintar untuk pengguna di Malaysia rupanya memberi perkhidmatan tanpa mengikut sistem perundangan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak SPAD,antara kesalahan yang boleh disabitkan terhadap syarikat tersebut adalah menggunakan kenderaan persendirian untuk membawa penumpang yang membayar tambang dan perkara tersebut merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Selain itu, sesetengah pemandu syarikat itu tidak mempunyai lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam memandu, yang merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Suruhanjaya itu berkata kenderaan yang digunakan oleh Uber juga tidak dilindungi oleh insurans komersial dan mungkin tidak melalui pemeriksaan dua kali setahun oleh Puspakom. Operasi mereka juga telah menjejaskan pendapatan pemandu dan syarikat teksi yang sah kerana mereka menawarkan harga yang lebih murah.
Berdasarkan maklumat yang kami peroleh di laman web rasmi mereka, UBER menawarkan tambang asas serendah RM1.50 dengan kenaikan RM0.20 setiap minit atau RM0.55 setiap kilometer.
Tambang serendah RM68 ditetapkan untuk perjalanan satu hala dari Kuala Lumpur ke Putrajaya , RM270 untuk perkhidmatan pengangkutan premium dan RM80 untuk perkhidmatan pengangkutan bajet dari KL ke KLIA dan RM150 dari KL ke Genting Highlands, Pahang.
Berikut pula kadar tambang teksi standard yang ditetapkan oleh pihak SPAD
Perkhidmatan teksi antarabangsa ini juga bukan sahaja beroperasi dengan tidak mengikut perudangan korporat di Malaysia , malah di 45 negara yang lain. The Sydney Morning Herald juga melaporkan kebimbangan ancaman terhadap perindustrian teksi di Australia baru-baru ini.