Diperkemas dengan penampilan baharu dan rumusan yang dipertingkatkan – Ridsect Advance akan terus menjadi pilihan utama warga Malaysia. Ridsect, jenama barangan isi rumah yang terkenal dengan imej merah dan kuning ikoniknya, baru-baru ini memperkenalkan rumusan yang dipertingkatkan serta penampilan baharu dengan warna merah “menyala” dan hitam.
Sebagai peneraju pasaran kawalan serangga dengan warisan serta jaminan jenama selama lebih 59 tahun, SC Johnson mengorak langkah memperkenalkan rumusan Ridsect Advance serba baharu yang dipertingkatkan, bukan sahaja membunuh nyamuk tetapi juga lalat. Ridsect Advance membawakan penampilan berani gabungan warna merah dan hitam yang menggambarkan kesegaran jenama serta komitmen untuk menawarkan perlindungan kepada para pengguna. Melalui rumusan yang dipertingkatkan ini, Ridsect meneruskan janjinya untuk membunuh nyamuk yang tersembunyi serta lalat apabila dijangkaui semburannya; justeru mengesahkan kedudukannya sebagai jenama racun serangga yang terkemuka di negara ini.
“Ridsect mula diperkenalkan pada tahun 1955, sebelum Malaysia mencapai kermedekaan. Sebelum bermulanya proses urbanisasi, jenama racun serangga ini telah digunakan di kawasan luar bandar oleh isi rumah bagi menyelesaikan masalah serangga perosak. Dengan perubahan zaman, jenama kami turut menerima keyakinan dari kalangan pasaran bandar. Hari ini saya bangga mengatakan bahawa Ridsect telah melalui pelbagai inovasi untuk menjadi produk ideal yang boleh dijumpai di kebanyakan rumah di Malaysia,” kata Cristina Ronski, Pengurus Besar, S.C. Johnson & Sons (M) Sdn. Bhd.
“Semenjak bermula sebagai racun serangga dalam bentuk semburan, jenama ini telah melancarkan pelbagai produk penyelesaian untuk kegunaan serta makhluk perosak yang berlainan; membawa kepada pengeluaran lingkaran nyamuk, kepingan, cecair meruap dan gel untuk nyamuk, lipas, cicak dan kini lalat,” tambah beliau.
Sebagai jenama pilihan bagi Kawalan Makhluk Perosak di Malaysia sejak sedekad yang lalu, matlamat SC Johnson adalah untuk mengukuhkan kehadiran jenamanya serta status sebagai jenama pengeluar barangan isi rumah terpilih di Malaysia. (JIRP.P/0914/503)
Untuk info lanjut, boleh ke Facebook page