1. Rekabentuk yang materialnya yang solid
Lebih lasak dengan material aluminium yang tampak classy dan luxurious . Kami juga gemarkannya rekaan dan saiznya yang selesa dipegang.
2.Teknologi terkini dengan prestasi yang mengagumkan
Sebuah telefon pintar dengan Android 4.4 KitKat berserta dengan Qualcomm Snapdragon 801 2.3GHz quad core processor mempunyai 2GB RAM, termasuk sama ada 16GB atau 32GB memori dalamn sehingga 128GB memori tambahan kad microSD .
3. Kamera Multi- Fungsi Dengan Kualiti Terbaik
Menawarkan kamera utama dengan sensor UltraPixel, prestasi kamera telefon pintar ini ternyata cemerlang untuk gambar di bawah low-light. Pemfokusan dan kelajuan antara satu shot ke satu shot yang lain juga sangat pantas. Selain megapixel kamera hadapan 5 MP, HTC ONE M8 juga menawarkan pelbagai fungsi lain yang membuatkan aktiviti bergambar anda jadi lebih menyeronokkan seperti Pan 360, ZOE Camera dan Dual Capture. Ia juga dilengkapi dengan fungsi edit gambar yang menarik.
- Kamera Utama
- Kamera Hadapan
- Zoe Camera
- Dual Capture
4. Skrin Definisi Tinggi
Tatapan yang sharp dan terang dengan skrin definisi tinggi 1920 x 1080 pixels , sekaligus membuatkan aktiviti menonton video dan melayari internet di telefon berlayar 5 -inci jadi memuaskan.
5. Sistem Audio Boomsound
Dengan dual -speaker pada bahagian hadapan telefon, anda dapat menikmati kualiti audio yang jelas dan kuat.
6. Jangka hayat bateri yang tahan lebih lama
Eksperimen penulis ketika menggunakan telefon pintar dengan kuasa bateri 2600 mAh ini dengan penggunaan normal telefon pintar , bateri memang tahan sehingga 17 jam penggunaan.
Rate : 4/5 bintang