Samsung membuka tirai 2016 dengan memperkenalkan siri rangkaian telefon bimbit Galaxy A. Menampilkan 3 buah telefon bimbit yang berlainan saiz terdiri dari Samsung Galaxy A3, A5 dan A7. Kesemua telefon bimbit dalam siri Galaxy A adalah bertepatan dengan rekaan yang lebih bersih dan kemas dengan menggunakan sisi perincian besi metalik keliling peranti agar kelihatan bergaya, selari dengan dunia moden masa kini. Malahan, cermin paparannya adalah berasaskan kaca tebal yang menyeluruh dengan memanfaatkan ciptaan Super AMOLED 5.2 inci (1920 x 1080), khas untuk keselesaan tatapan pengguna.
Lebih nipis, Samsung Galaxy dari siri A pastinya memberi genggaman yang lebih utuh. Penulis diberi peluang untuk mencuba Samsung Galaxy A5 tempoh hari. Apa yang penulis boleh katakan adalah, penulis memang berpuas hati sepanjang menggunakannya!
Kehulu-kehilir penulis membimbit telefon berkenaan, digunakan untuk mengambil gambar, merakam video dari acara-acara yang dihadiri. Hasil gambar adalah sangat terang tanpa perlu menggunakan sebarang filter mahupun aplikasi penyunting foto! Samsung Galaxy A5 dilengkapi kamera 13MP OIS (F1.9) untuk kamera belakang, manakala kamera hadapannya pula dilengkapi dengan kejelasan kamera 5MP (F1.9). Amat sesuai untuk kegunaan sehari-hari.
Video Yang Dirakam Oleh Penulis Menggunakan Samsung Galaxy A5
https://www.instagram.com/p/BCsfY6CoXlN/?taken-by=wanistadotcom
Samsung Galaxy A5 ini juga adalah sangat nipis berukuran 7.3mm. Terdapat dalam 5 warna pilihan menarik iaitu Hitam, Emas, Putih, Rose Gold/Merah Jambu, Perak dan Biru Muda!
Jika anda fikirkan ruangan simpanan dalaman sebesar 16GB masih tidak mencukupi, anda boleh menggunakan slot MicroSD yang berada di bahagian sisi telefon untuk meletakkan kad ruangan tambahan anda sehingga 128GB. Hebat bukan? Dalam masa yang sama, anda juga berpeluang menggunakan 2 jenis sim kad dalam satu-satu masa untuk Samsung Galaxy A5 ini.
Selain penulis gemar merakam detik-detik indah menggunakan Samsung Galaxy A5, antara perkara lain yang buatkan penulis kagum adalah ketika memainkan playlist lagu kegemaran.
Alat pendengar (earphone) yang hadir sekali di dalam kotak unit Samsung Galaxy A5 adalah kedap bunyi luar. Apabila anda menggunakannya untuk mendengar muzik mahupun sebarang audio dari telefon pintar berkenaan, ianya seolah anda sedang mendengar audio secara langsung! Ya! Seperti menonton konsert secara LIVE!
Bukan itu sahaja, bateri Samsung Galaxy A5 (2,900mAh) ini bisa tahan selama dua hari untuk sekali cas. Bahkan, ianya dilengkapi teknologi fast charging kerana, meskipun tidak sampai 30 minit mengecas, bateri sudah mampu bertambah hampir separuh.
Paling menarik, untuk keselamatan optimum, apa yang membezakan Samsung Galaxy A5 dengan adik-beradiknya yang lain adalah ia turut ditemani teknologi keselamatan pengaksesan melalui imbasan jari. Hebat!
Harga yang ditawarkan untuk Samsung Galaxy A5 2016 adalah RM1,599 seunit. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.samsung.com/my