Baru-baru ini editorial Wanista telah dijemput ke Restoran Kohinoor, sebuah restoran makanan India di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur untuk merasai sendiri pengalaman menjamu selera di situ.
Kohinoor, yang bermaksud Pergunungan Cahaya dibuka pertama kali di Malaysia di Jalan Yap Kwan Seng pada tahun 2004. Disebabkan oleh pembangunan, restoran Kohinoor akhirnya berpindah ke Solaris Dutamas. Persekitaran di sekitar Solaris Dutamas yang dikelilingi oleh kondominium-kondominium mewah menjadikan lokasi terakhir ini sesuai dengan konsep restoran ini sendiri. Restoran Kohinoor boleh menampung sehingga 60 orang pada satu masa.
Bagi anda yang datang buat pertama kali dan tidak tahu ingin mencuba menu yang mana satu, kami cadangkan anda mencuba signature dish disini iaitu Raan E Mastan ( peha kambing yang diperap dengan rempah ratus, dipanggang menggunakan skewer , bersama nasi yang dimasak bersama udang, ikan tanpa tulang bersama rempah ratus dan juga raita. Anda juga boleh mencuba Chicken Nawabi iaitu kebab yang dipanggang ala tandoori yang berkrim dan juga berperisa serta Palak Paneer iaitu keju kotej yang dimasak bersama sos bayam berkrim sesuai bagi yang ingin menjaga badan.
Tanpa membuang masa, kami kongsikan kepada pembaca beberapa menu yang telah kami cuba semasa kami berada di Restoran Kohinoor.
Mango Lassi
Rasa Mango Lassi di sini tidak terlalu masam dan tidak terlalu manis.
Papadam
Papadam disajikan dnegan sejenis kuah yang dinamakan Lentil. Bahan utama Lentil adalah cili hijau, tetapi jangan risau kerana rasanya tidak begitu pedas.
Sup Tomato
Rasanya campuran masam dan manis, tetapi tidak terlalu berkrim.
Dhai Papri Chaat(RM12)
Diperbuat dari kentang, kacang kuda, tepung, sos masam manis dan yogurt. Rasanya lain daripada kuah dhal yang biasa kita makan, tetapi yang pasti enak!
Tandoor Ka Budsha (RM24)
Tandori ayam, rasanya seperti ayam tandori yang dipanggang dan penuh kelemakan.
Murgh Nawabi (RM20)
Seperti kebab, ianya dipanggang ala tandori, sedikit pedas tetapi lemak berkrim.
Samundari Briyani (RM30)
Nasi dari beras Basmati; sudah pasti ianya wangi kan? Nasi Samundari Briyani ini dimasak dengan udang atau ikan, turut dicampur dengan pelbagai jenis rempah ratus dari India.
Palak Paneer
Sayur bayam dikisar dan dimasak dengan campuran keju, biasanya dimakan bersama-sama roti atau naan.
Makhani Naan, Lasooni Naan, Missi Masala Roti, Makhani Naan. (RM7)
Kami berpeluang merasa tiga jenis roti ini. Makhani Naan adalah roti yang diletakkan sedikit biji bijan, dimasakkan di dalam ketuhar tanah liat. Lasooni Naan pula roti yang dicampurkan dengan bawang putih dan dimasakkan dalam kuali tanah liat, manakala Missi Masala Roti pula adalah sejenis roti rangup yang diperbuat dari campuran bawang dan rempah ratus di dalamnya.
Raan E Mastaan (RM48)
Sebuah menu paling istimewa di Restoran Kahinor, ianya adalah dari bahagian kaki kambing, dicampur dengan pelbagai campuran rempah ratus dan seterusnya dipanggang. Rasanya lembut, penuh perisa dan sesuai dimakan dengan nasi beriyani.
Aam Bahar (RM8)
Aiskrim buatan tangan yang mempunyai perisa masam manis, kerana ia diperbuat dari mangga dari India, iaitu Alphonso Mango.
Kesar Pista Kulfi (RM8)
Juga sejenis aiskrim buatan tangan, mengandungi kacang pistachio dan saffron.
Kesimpulannya, semasa sesi cuba rasa ini, kami sangat-sangat berpuas hati dengan juadah yang telah disediakan khas untuk kami. Jika anda mahu rasa makanan India yang asli yang mempunyai identiti mewah tetapi harga berpatutan, kami memang mencadangkan sepenuhnya Restoran Kahinoor. Bagi pihak Wanista sendiri, kami memberikan 8 bintang untuk kesedapan menu yang telah dihidangkan.
Bagi rujukan anda, masa operasi Restoran Kahinoor ialah setiap hari ia dibuka dari 11.30 pagi hingga 2.30 petang, dan 6.30 petang hingga 10.30 malam. Jika ada majlis keraian atau majlis rasmi, masa operasi ini akan dipanjangkan. Alamat penuh Restoran Kahinoor:
D3-G3-5, Solaris Dutamas, 1 Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut, lawati Facebook Restoran Kohinoor dan anda boleh jenguk-jenguk menu mereka di sini.