Makanan ringan atau ‘snek’ menjadi pilihan orang ramai, sama ada ketika menonton televisyen, membaca buku dan aktiviti yang lain.
Tetapi tahukah kebanyakan snek tidak bagus untuk kesihatan anda?
Di sini, terdapat satu resipi snek yang hanya menggunakan dua bahan, bahan-bahannya adalah:
- Buah segar (Blackberries, Strawberries, Rasberries)
- Madu
Cara-cara penyediannya:
1. Masukkan semua bahan-bahan di dalam pengisar.
2. Kisar sehingga menjadi cecair yang lembut dan mampat.
3. Letakkan cecair tersebut di kertas minyak dan ratakan dalam bentuk segi empat tepat.
4. Masukkan dalam oven selama tiga jam, sebelum itu panaskan oven tersebut 225 degree.
Anda akan ketahui ia sudah sedia untuk dimakan jika tidak melekat di tangan anda ketika anda menyentuhnya.
Untuk panduan lebih lanjut, sila klik pautan video di bawah:
Tiada yang lebih mudah dengan resipi sihat, snek Fruit Rolls Up!