Hari ini, Wanista nak ajar biskut raya kegemaran ramai – Biskut Suji Asli.
Bahan-bahan :
Nisbah 1 minyak sapi: 1 gula kastor: 2 tepung gandum
Contoh :
- 1/2 kg minyak sapi
- 1/2 kg gula kastor
- 1 kg tepung gandum
Cara-cara penyediaan :
1. Mula-mula masukkan gula kastor dan tepung gandum ke dalam satu bekas. Jangan lupa ayak adunan sebelum dimasukkan supaya tepung tidak berbiji.
2. Kemudian, masukkan minyak sapi.
3. Gaul semua hingga menjadi doh. Pastikan kuku pendek dan tangan bersih.
4. Gelek dan terap ikut kesukaan anda. Jika mahu, anda boleh gentel menjadi bentuk bulat.
5. Susun di atas talam dan boleh bakar. Suhu lebih kurang 150 darjah celcius selama 15 minit ataupun agak-agak dah naik bau.
6. Sejukkan dan boleh dihidangkan.
Tips:
- Gula kastor dan tepung mesti diayak sebelum digunakan untuk mendapatkan tekstur yang halus dan tidak berketul-ketul.
- Kalau doh berderai, tambah minyak sapi sikit.
- Kalau doh tu melekit, tambah tepung gandum sikit.
- Kalau nak lagi manis, tambahlah gula.
- Suhu oven tu berbeza ikut jenama. cuba bakar sekeping dua dulu. jika okay, baru dibakar semua.
- Jangan guna tray yang dapat sekali dengan oven. guna talam aluminium atau tudung periuk pun boleh, tray oven selalunya buatkan kuih cepat hangus.