Ramai yang suka makan churros semasa minum petang dan juga di masa senggang. Tetapi tahukah anda bagaimana untuk membuat sendiri Churros anda di rumah?
Churro, ( donat Sepanyol ) adalah donat yang berasaskan choux yang digoreng sehingga garing. Churros popular di Sepanyol, Perancis, Filipina, Portugal, Ibero-Amerika dan Amerika Syarikat. Terdapat dua jenis churros di Sepanyol, salah satu yang nipis (dan kadang-kadang diikat) dan satu lagi yang panjang dan tebal (PORRA). Kedua-duanya dimakan bersama sos coklat ataupun karamel manis.
Resepi Churros
1 cawan air
2 1/2 sudu gula
½ sudu kecil garam
2 sudu minyak masak
1 cawan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng
½ cawan Gula Castor untuk taburan
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1. Panaskan air, garam, gula & minyak sehingga menggelegak. Alih dari dapur dan masukkan tepung, kacau sehingga rata.
2. Goreng adunan dengan menggunakan nozzle bintang, bila sudah kuning keemasan, angkat dan golekkan pada gula yang sudah dicampur serbuk kayu manis.
Sumber : Chef Khairi Mansor