Setiap kali pergi ke supermarket ataupun Guardian mahupun Watsons pasti akan dibeli Ferrero Rocher. Mungkin sekali sekala bolehlah beli tapi kalau setiap hari, mahu kopak beg duit. Kita sedia maklum dengan harganya yang agak mahal malah ferrero rocher boleh dikategorikan sebagai coklat ‘luxury’.
Anda pernah terfikir tak nak buat sendiri? Kalau ye, ini buah tangan untuk anda sebab Wanista baik hati nak kongsi resepi Ferrero Rocher. Buat sendiri boleh makan banyak kali. Yeayyyy!!!
Bahan-bahan:
- 14 keping Biskut Susu atau Biskut Tiger
- 25g Krispies Rice atau Almond Nibs
- 200g Nutella
- 200g Coklat
- 25g Mentega
Cara membuatnya:
- Kisar biskut sehingga halus dan masukkan ke dalam mangkuk besar.
- Campurkan Krispies Rice atau Almond Nibs dan Nutella ke dalam biskut yang dikisar tadi. Kacau sehingga sebati.
- Bulatkan adunan mengikut saiz yang dikehendaki menggunakan tangan anda. Biarkan selama satu jam.
- Cairkan coklat dalam ketuhar selama 30 saat. Keluarkan dan kacau. Masukkan semula coklat ke dalam ketuhar selama 30 saat lagi.
- Keluarkan dan masukkan mentega. Kacau lagi.
- Salutkan adunan tadi dengan cara celupkan ke dalam coklat cair dan letakkan di atas kertas pembakar.
- Selepas mencelup ke dalam coklat, anda boleh golekkan ke atas Almond Nibs.
- Sejukkan seketika selama 30 minit hingga 1 jam.
Untuk lebih jelas, anda boleh lihat pautan video ini.