Apa juadah yang sesuai untuk rumah terbuka Hari Raya? Juadah yang ringan dan mudah dibuat serta dalam kuantiti yang banyak. Coklat Mousse mungkin? Ambil resepi ini.
Bahan-bahan ( dapat 4 bekas ) :
- 1 cawan whipped cream
- 2 biji telur – asingkan kuning dgn putih telur
- 5 sudu gula halus
- 250gm coklat masakan
- Sesudu marjerin/ butter
- 1/2 sudu serbuk nescafe – bancuh dgn sedikit air
- 1 sudu esen vanilla
Cara-cara :
- Pukul whipped cream menggunakan whisker/mixer sampai stiff peak.
- Dalam bekas yang lain, masukkan kuning telur dan gula. Kacau sampai telur tu bertukar jadi cerah sikit. Dalam 3-4 minit.
- Dalam bekas yang lain lagi, cairkan coklat masakan dan marjerin dgn menggunakan teknik double boiler. Lepas coklat dah cair, masukkan serbuk nescafe yg dah dibancuh dgn air.
- Masukkan adunan kuning telur tadi ke dalam adunan coklat kita. Kacau sampai sebati dan panaskan kembali adunan tersebut guna kaedah double boiler.Kejap sahaja, angkat dan ketepikan.
- Pukul putih telur dalam bekas lain sehingga stiff peak/kembang.
- Akhir sekali, gabungkan kesemua adunan (whipped cream, coklat dan putih telur). Kacau adunan sehingga sebati – Jangan terlebih kacau supaya tekstur mousse kita tak hilang. Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai.
- Sejukkan mousse dalam fridge selama 4-5 jam atau semalaman. Sedia dimakan.