Sejak 1999, Samsung giat membuat ciptaan jam tangan yang mengadaptasi teknologi perhubungan dua hala seperti telefon.
Walaupun begitu, ia dicipta menggunakan gabungan perincian yang mesra pengguna serta sesuai digayakan selari dengan trend fesyen masa kini.
Sejak keluaran jam tangan berteknologinya pada tahun 1999 diikuti pada tahun 2009, Samsung terus menekan kepakarannya dalam menghasilkan peranti yang bermutu serta dilengkapi ciri dan fungsi berguna untuk kegunaan harian manusia.
Kini, teknologi telah berkembang mekar. Kebanyakkan peranti memiliki kepelbagaian fungsi, bukan sahaja untuk memudahkan rutin harian seseorang individu, malah juga dilengkapi ciri kesihatan, hiburan serta menerapkan nilai-nilai yang bermanfaat khas untuk para pengguna. Tiada apa yang mustahil.
Seterusnya pada tahun 2013, Samsung lancar Galaxy Gear diikuti Gear 2, dan Gear 2 Neo. Gear Fit dan Gear S pula diperkenalkan kepada umum pada 2014 yang lalu. melihat jauh kearah kemajuan ciptaan inovasi aksesori pintar oleh Samsung, ia jelas memperlihatkan impak positif yang bisa menyemai sifat produktiviti dalam kalangan masyarakat.
Kecekapan, pemantauan, sambungan dan rekaan adalah sifat kesinambungan yang cuba diterapkan dalam setiap unit produk keluarannya. Sebagai contoh, aksesori pintar wearables ini mampu sahaja mengumpul data secara telus dan terus, tidak perlu lagi bersusah payah membuat sambungan berwayar yang berselirat. Hanya perlu menggunakan peranti Gear Circle yang dipakai di belakang leher untuk mengawal segala fungsi dan gerak geri wearables berkenaan.
Selain itu, aksesori pintar keluaran samsung Gear S adalah merupakan wearables yang pertama dapat menampung sambungan Wi-Fi, 3G dan Bluetooth seterusnya dapat menjimatkan masa pengguna kerana semuanya dihujung jari.
Anda boleh menolak panggilan dengan mudah sewaktu berada dalam mesyuarat penting kerana peranti mudah alih berkenaan berada dipergelangan tangan anda. Terdapat juga fungsi arahan suara (voice commands) yang boleh anda manfaatkan saat anda sedang sibuk menguruskan hal yang lebih utama. Kebanyakkan fungsi sistem “wearables” oleh Samsung dilengkapi ciri hands-free selain paparan Super AMOLED berukuran 2 inci.
Bagaimana pula Siri Gear Fit dapat membantu memantau tahap kesihatan dan keseimbangan badan anda? Ia direka khas sebagai sebuah aksesori pintar yang ringan serta mudah untuk dipakai sewaktu melakukan aktiviti suka dan lasak. Gear Fit juga mempunyai saiz yang lebih langsing berbanding Gear S.
Gear Fit dilengkapi fungsi tetapan untuk melihat kadar degupan jantung, kiraan langkah, tahap pengambilan kalori, tekanan, kededahan kepada cahaya matahari serta banyak lagi. Ia pasti menjadi rakan karib yang sentiasa memberi panduan kesihatan yang baik untuk diri anda. Jelaslah bahawa, Samsung sentiasa peka dengan keperluan gaya hidup sihat para penggunanya.
Tatkala meneliti perincian rekaan produk aksesori pintar Samsung, ianya kelihatan serupa dengan bentuk jam tangan biasa. Apa yang lain adalah cuma rekaan wearables ini tampak lebih sofistikated kerana diterapkan ciri moden terhadap reka bentuknya. Bertemankan paparan Super AMOLED, kamera 2MP, aplikasi jejak dan kuasa penyambungan yang tiada tandingan, Gear S bakal membawa teknologi aksesori pintar kesatu tahap yang lebih maju.
Samsung akan terus memandu masyarakat sejagat ke alam yang memperkasakan teknologi sepenuhnya, demi memudahkan pekerjaan dan rutin harian.
Untuk maklumat lanjut, sila global.samsungtomorrow.com