Kebanyakan rakyat Malaysia menghabiskan masa berjam-jam dalam kereta untuk berulang-alik ke tempat kerja, menguruskan keperluan hidup seharian atau bertemu dengan kenalan. Bau yang tidak menyenangkan, seperti bau peluh kasut senaman, tumpahan kopi, makanan bungkus, muntah anak kecil yang sakit mahupun asap rokok, boleh mengganggu pemanduan kerana bau yang tidak diingini ini boleh kekal lama dalam kereta anda. Penyegar udara kereta Glade® baru termasuk kit permulaan dan pek isian semula percuma, dirumus dengan wangian menyegarkan untuk membantu melenyapkan bau tidak menyenangkan dan menyegarkan udara sehingga 120 hari. Setiap pek isian semula memberi kesegaran sehingga 60 hari.
Jenama diyakini dengan ilham daripada detik terindah di dunia, meluaskan rangkaian penyegar udara keretanya baru-baru ini dengan menawarkan himpunan varian baru. Rangkaian penyegar udara kereta Glade® kini dengan lima varian yang menyegarkan – I Love You, Lavender Marine, Morning Freshness, New Car dan Ocean Escape yang dicipta untuk menepati keperluan wangian pengguna moden dan menceriakan apa jua suasana atau keadaan.
Dengan tambahan varian baru Lavender Marine dan New Car ke dalam rangkaian penyegar udara kereta, Glade® berharap pengguna akan merasai kesegaran terlebih dahulu setiap kali mereka melangkah masuk ke dalam kereta mereka, biarpun untuk perjalanan dekat bagi melakukan tugas seharian atau perjalanan jauh untuk pulang ke kampung halaman pada musim perayaan.
Penyegar udara kereta Glade® boleh didapati di seluruh negara pada harga RM17.50, manakala pek isian semula boleh didapati dalam lima wangian menyegarkan pada harga RM12.50 setiap satu.